Dec 25, 2011

Ilmu Hitam---perlukah?????

"oh..pe ssh sgt....tok bomoh kan ada..?? boleh minta tolong tok bomoh tu matikan dia. kita buat melalui angin la...senang skit. kalau buat ikut makanan takut dia perasan lak,'' kata Si Penipu kepada Si Bodoh....

Di era teknologi canggih ini, makin ramai pula yang mempercayai benda-benda tahyul ini. Benda yang kononnya memerlukan pulut kuning, telur ayam kampung, ayam putih, darah kambing hitam dan pelbagai lagi benda kotor yang lain digunakan.

Penulis cuba untuk merungkaikan sebab2 utama sihir menyihir ini terjadi. Pada mulanya penulis memang tidak mempercayainya kerana itu semua tahyul. Kita ada ALLAH, mengapa kita perlu berteraskan Syaitan untuk menjatuhkan orang lain???? Perlu ke hidup kesenangan di atas kejatuhan dan kemurungan seseorang itu????

Pelik dan semakin membimbangkan. Ilmu sihir ini melibatkan nyawa dan kesejahteraan seseorang. Kenapa perlu ada hasad dengki ini? penulis sampai sekarang kurang faham diatas tindakan seseorang dengan melakukan ilmu hitam  ini. dia tak rasa berdosa ke bila melakukan perbuatan yang dilarang oleh ALLAH??? bukankah sihir itu salah satu jatuhnya hukum Syirik kepada orang yang mendajalkan orang???

Kalau kerana pangkat yang menjadi isu, penulis rasa tidak perlulah lakukan ilmu hitam ini. Kalau mahukan pangkat itu, berusahalah sehingga mencapai tahap kemahuan pihak atasan. bukan dengan mengipas punggung boss itu sampai nak b***k pun keluar ais.

Bos pun 1, kadang2 berat sebelah juga. Perlu ke bos ini hina orang bawahannya ini dihadapan semua staf....???
bos ini ada hak ke nk menjatuhkan air muka seseorang itu?
bos ini ada hak ke nk membiarkan seseorang tu dalam keadaan yang ditindas...???

Disebabkan boss yang berat sebelah dan si kaki ampu menyebabkan org yg "tidak berguna"  semakin berkuasa. Mereka yang tidak mempunyai apa2 kehebatan dan kelebihan dalam 'mengampu' ditindas teruk seteruknya sehingga ada yang sanggup (biasanya si pengampu) menabur pasir ke periuk nasi orang lain.

sinis??? penulis tidak rasa benda yang macam ini sinikal. ini kerana penulis menulis berpandukan pemerhatian yang telah penulis lakukan. kadang-kadang hasad dengki inilah punca segalanya. Ilmu hitam??? perlukah?? penulis tidak pernah merasa yang hidup dengan hasutan SYAITAN ini berkekalan. persoalan yang sentiasa bermain2 di fikiran penulis, "mengapa kita perlu merosakkan kesejahteraan manusia sejagat dengan ilmu hitam, hantu raya, pelesit, dan sebagainya...??"

sehingga kini penulis masih lagi tidak faham dengan telatah manusia zaman sekarang ini.
PUNCA terjadinya Ilmu hitam/sihir adalah:
          * Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
          * Putus pertunangan.
          * Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
          * Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
          * Rebutan harta pusaka.
          * Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
          * Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
          * Mencuba kehebatan ilmu.
          * Mendapatkan keuntungan duniawi.


p/s: Jikalau kita terlalu mahukan sesuatu, berusahalah dengan lebih gigih. Percaya pada bakat tersendiri kerana dengan bakat itulah yang membantu kita di kemudian hari. Percaya pada diri dan ALLAH. bukan pada benda2 yang kotor dan durjana.

Oct 3, 2011

Dia Lagi!!!!!!!!!

Aku masih tak paham ....mengapa aku semakin ingin melupakan dia, tetapi makin menggila ingatan aku terhadapnya.... aku mmg dah yakin, tiada lagi cinta di hati ini buat dirinya... itu sudah semestinya...tetapi kenapa aku masih bermimpikan dia? mengapa?

Aku tak rasa dia masih kenangkan diri aku...maklumlah dia kan malu ada aku ini sebagai kawan dia....

Cinta ini, mmg milik dia...tetapi sampai bile aku harus menahan perasaan ini..Dia kini bersama dengan pilihan hatinya..oh hati, bilakan ianya terubat dari kelukaan yg berdarah ini? 

Setiap dan segala kenangan akan aku simpankan dalam lipatan memori aku, kerna setiap kenangan bersamanya adalah kenangan yang amat manis buat ku...

Aku cuba untuk mendoakan segala kebaikan akan menyuburi di setiap langkahnya. Aku amat berharap satu ketika nanti aku lah wanita itu dan dikala itu, bukan dia lagi menjadi pilihanku kerna ada yang lebih baik dari dia. Aku akan cuba untuk bergembira sekiranya dia sedang berbahagia.

P/S: Susah benar untuk melupakan kelukaan ini...dan jua, segala memori pahit itu sentiasa berputar berkali2 di minda sehinggakan menimbulkan segunung kesedihan di hati ini...oh harap2 no more tears after this...

Jun 29, 2011

DULU & KINI

Dulu…akulah yang paling banyak mendapat panggilan telefon di pejabat…..
Kini…tiada…

Dulu...akulah yang paling seronok menyemak kerja2 org….
Kini…kerja2 aku disemak oleh orang….

Dulu…aku terlalu sibuk dengan mesyuarat disetiap syarikat yang perlukan khidmat aku
Kini…khidmat aku diperlukan untuk menghantar bos aku ke mesyuarat itu…

Dulu…keluarga aku tinggal2kan dek kerana kesibukkan kerja2 di pejabat
Kini…aku terlalu sibuk dalam mengendalikan keluargaku…

Dulu…aku tidak mempunyai keyakinan ketika berada di pejabat itu…
Kini…aku berasa amat yakin walaupun aku tidaklah sepandai mana…

Dulu…aku sentiasa dibandingkan dengan si kaki ampu…
Kini…aku terhindar dari si kaki ampu

Dulu…aku terlalu mementingkan keseronokkan bersama kawan…
Kini…keluarga menjadi teman hiburku…lagi indah dan bahagia berbanding kawan…

Dulu…cinta kepada si dia yang menjadi penguat semangatku untuk setiap segala segi…
Kini…cinta kpd-NYA & keluargaku yang menjadi penguat semangat dalam setiap segi…

Dulu…Kesibukkanku yg mengurangkan kasih sayangku kepada anak sedaraku…
Kini…aku terlalu sibuk dlm mencurahkan kasih sygku kepada anak buah kesayanganku

Dulu…adik2 aku tempat aku meluahkan segala ketidakpuasan hatiku berkenaan pejabat
Kini…aku dijadikan tempat mereka mengadu atas perihal sekolah mereka…

Dulu…aku tersgt tidak bahagia
Kini…aku menikmati kebahgiaan itu

Dulu…aku kesunyian dek kerana kesibukkan di pejabat….
Kini…aku terhibur walaupun sibuk kerna keluargaku yg bahagia…

Dulu…aku tak tahu membezakan antara intan dan permata
Kini…baru ku tahu yg mana 1 permata dan mana 1 kaca…

Dulu…adalah KACA yg sinarnya lebih sehingga mencalarkan hatiku dan terluka
Kini…adalah PERMATA yg sinarnya menyilau sehingga menambat hatiku untuk memberikan kasih sayangku sepenuhnya….

Jun 20, 2011

Aduh...sakitnye kecewa!!!!!

Oh, rupanya begini sakitnya pabila didalam kekecewaan..... baru kini aku faham sebab-sebab dan mengapa seseorang itu boleh mengambil tindakan yang diluar batasan pabila berada di dalam kekecewaan...

Aku akui, aku menjadi begitu kecewa sehingga dapat membuatkan aku tidak keruan dan jua tidak stabil. Emosiku memang tidak stabil.YE betul emosiku tidak stabil...!! Bagiku, tidak salah rasanya memendam perasaan dan ini bukan paksaan, tetapi apakan daya, aku perlu mengundur diri sebelum kecewa yang amat sangat. Aku tidak sanggup untuk makan hati untuk kesekian kalinya. Aku sudah lelah dengan perasaan ini.

Apa yang aku inginkan adalah kebahagiaan yang tiada taranya...

Suatu ketika dahulu dia pernah membuatkan aku merasai semuanya...cinta, sayang, suka dan juga minat. Pada asalnya aku menganggap perasaan itu adalah minat dan suka semata-mata. Semakin lama semakin mencengkam pangkal hatiku apabila melihat dia bermesraan dengan wanita lain. Hatiku menjadi semakin remuk pabila dia memilih wanita lain dalam hidup dia. Aku seakan mahu menanam diriku ini jauh ke dasar lautan Atlantik setelah mengetahui cintanya itu bukan untukku. Betul, aku akui yang cinta bukan semestinya dimiliki tetapi hatiku sentiasa berharap untuk memiliki cintanya. Setiap kali dia berada dihadapanku boleh membuatkan jantungku lari dari irama asalnya. Ini menyebabkan aku menurut segala karenahnya. Aku memendam perasaan marahku, cemburuku, dan cintaku hanya kerna dia....

Pada mulanya aku tidak mengerti apakah sebenarnya perasaanku ini sehinggalah aku disedari oleh seseorang yang menerangkan perbezaan antara setiap perasaan yang pernah aku lalui itu.CINTA... itulah yang bermain-main di tangkai hati aku. Perasaan itulah yang bertakhta setelah sekian lama. Aku harap sangat dia nampak
aku sepertimana aku melihat dia. Aku amat berharap dia tidak terluka dengan tindakan aku. Tiap tika bersamanya aku akan menjaga dan mengawal diri aku dari melakukan benda2 yang boleh membangkitkan kemarahannya. Jikalau ditanya "apakah yang memboleh menaikkan marahnya?" aku tidak mempunyai jawapannya. Tetapi aku tahu apa yang perlu aku lakukan supaya marahnya tidak meledak. Aku mencintainya sepenuh hatiku. Sememangnya, aku mengharapkan balasan cintaku ini tetapi semakin lama aku lebih senang menyimpannya sendirian tanpa mengharapkan balasan darinya. Hatiku tetap pedih dan perit setiap kali dia bersama wanita lain. Aku hanya memerhatikannya dari jauh. Aku tahu aku bukanlah wanita idamannya , aku harus sedar diriku ini...dan jadinya....itulah punca aku menjauhkan diri ku darinya.
Selepas dia memilih wanita itu, aku semakin parah. Demamku semakin melarat, badanku semakin lemah dan fikiranku menjadi semakin kosong. Dan yang menambahkan kesedihanku ini dengan masalah pejabat yang semaikn datang bertimpa2 dalam satu masa. Aku menjadi tidak berdaya menahan dugaan itu. Aku menjadi manusia paling pendiam dan pemurung. Aku bersedih sehingga reputasiku menurun. Tengoklah!!! betapa hebatnya cintaku ini. Betapa hebatnya diri dia sehingga mampu membuatkan hidupku kucar kacir dan haru biru.

Setelah beberapa bulan kemudian, dia dan wanita itu mengambil keputusan untuk memilih jalan masing-masing dan berpisah secara baik. Aku memperlihatkan telatah mereka setelah putus. Mereka masih baik tetapi tiada hati buat si dia untuk menerima kembali wanita itu kerana wanita itu bukan lah sesuai untuknya. Dikala itu aku amat berharap dia dapat melihat aku sebagaimana aku melihat dia. aku memberikan sepenuh perhatianku kepadanya. Aku memberikan sepnuh jiwaku kepadanya. Sehinggakan benda yang biasa menjadi emas kepada ku asalkan semuanya datang dari dia.

Aku sememangnya sanggup membuat apa sahaja untuknya. Walaupun aku sudah berada setgh jalan untuk ke destinasi yg dijanjikan, aku sanggup berpatah balik ke tempat asal sekiranya itulah kemahuannya. Dan aku pernah lakukan itu. Tak sangka ye, CINTA membuatkan manusia bertindak di luar batasan.

Akhirnya, diri aku masih lagi jauh dari pandangannya. Dia masih lagi tidak menyedari akan kehadiran diriku ini. Dia masih lagi tidak mengerti apa yang hati ini rasakan. Aku dibiarkan tenggelam dengan perasaaanku ini. Ingin sekali aku menerangkan kepadanya betapa cintanya aku kepada dia. Aku ingin membuatkan dia faham akan perasaan ini.  Tetapi, takdir telahpun membuat kerjaannya yang menyatakan terang-terangan yang dia bukanlah untukku setelah dia keluar dengan teman rapatku. Aku masih tidak mengerti mengapa kawan aku ini tidak memberitahu kepadaku hal yang sebenarnya. Aku menjadi semakin marah dan kecewa. Aku tersentap dengan telatah mereka berdua yang keluar berdua2an sepanjang masa dan membuatkan aku keliru dengan status perhubungan mereka.. Bila ditanya, "he's just a friend!!!"

Betul ke? aku masih buntu...Pada pendapat aku, kalau betullah yang dia itu hanya kawan, mengapa mereka merahsiakan tentang hal yang mereka keluar berdua...malahan yang betul2 membuatkan aku menjadi lebih kecewa apabila mereka berdua memperbodohkan aku, seolah2 aku ini tak de harga diri. Mereka meletakkan maruahku dihujung kaki mereka. Mereka menghina perasaan aku.
Sejak peristiwa itu, aku menjadi semakin teruk. Aku menjadi sebak sepanjang hari. Aku menjadi seorang yang sangat moody dan pemarah. Dan yang paling teruk sekali, aku demam dan muntah2 selama 2minggu tanpa henti. Tetapi masih dikatakan berpura2 sakit. Aku menangis sepanjang masa. Aku mengelamun dan jua aku hilang selera makan.Aku berharap setiap detik kesakitan yang aku rasai ini membuatkan aku tabah menghadapi kemudian hari. Tidak lama selepas itu aku membuat keputusan untuk berhenti dari bekerja disitu dan menjarakkan diriku dengan mereka. Itulah yang terbaik untuk diriku ini. Selepas meninggalkan semuanya, aku masih lagi menangis sehinggakan kering air mataku, dan aku memerlukan bantuan eye more untuk melembapkan kembali mataku ini. Saban malam aku mengenangkan peristiwa yang berlaku dan saban malam jua aku membalut lukaku ini. Sungguh aku kecewa....

Kepada dia, ingin aku berpesan, Aku pernah mencintaimu sepenuh hatiku..tetapi dirimu telahpun mencampakkan perasaanku ini jauh dari kamar hatimu seolah2 diriku ini tiada nilainya. Aku harap, kamu menemui kebahgiaan diatas retak seribu hatiku ini. Hancur lebur perasaanku ini. Maafkan aku, aku tak dapat lagi memberikan kemaafanku kepada dirimu.

Begitu jua kepada wanita itu, aku berharap kamu menemui kebahgiaan diatas keretakan perasaan ,kehancuraan hati dan kemusnahan kepercayaan ini. Aku percayakan kamu sebagai kawan aku tetapi kamu telahpun menghina perasaan aku dengan tanpa belas kasihan. Kamu telahpun mencalarkan maruahku dan mempermainkan persahabatan kita. Aku mendoakan kamu dan dia berkahwin dan berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Dikala itu, kamu dan dia akan menikmati setiap kehancuran hatiku dan mengecapi segala kekeliruan yang pernah aku lalui. Dan setiap kemaafan yang dipinta, akan cuba untuk aku memaafkan tetapi, sekiranya hati ini benar2 boleh menerima dengan penuh keredhaan.

P/S: Aku hanyalah insan biasa. Ada masanya aku rasional dan ada kalanya aku emosional. Tetapi setelah maruah dan perasaan aku diperjudikan, aku rasa tak salah bagiku untuk bertindak secara emosional. Tak pe la....ALLAH menyayangiku lagi....sebab itu, DIA tak nak melukakan aku di kemudian hari.

Jan 10, 2011

masihkah sayang????

Entah mengapa hati ini tidak keruan pabila dia berada didepanku...apabila dia berada didepanku, aku jadi termanggu...aku jadi happy sgt2...rindu seolah2 terubat....


Sememangnya kalau ikutkan perancangan aku, aku ingin melupakannya...semakin aku ingin melupakannya, semakin kuat ingatan aku kepadanya....aku seronok pabila bersamanya, aku happy bila bersamanya...aku rasakan dunia ini aku yang punya...emm kembang je hati aku ini....hehehhe...


Tapi kerinduan ini, biarlah aku simpankannya di dasar hatiku ini. aku tak mahu sesiapa pun tahu aku sedang merindukannya....malu sangat kalau orang lain tahu. jadi jalan penyelesaiannya adalah menyimpannya ke dalam lubuk hatiku yang paling dalam agar tidak memalukan diri sendiri.......



Jan 9, 2011

Makin lama makin menyakitkan...!!!

Hari ini penulis ingin mengupas tentang perasaan sayang atau cinta yang bertepuk sebelah tangan....

Perasaan yang disimpan terlalu lama dengan sendirian membuatkan kita terseksa....betullah kata pepatah yang "penantian itu satu penyeksaan..." ini kerana pabila seseorang itu menanti dalam penantian yang tak pasti, memanglah amat menyeksakan...huhuhuh....sedihkan bila berada dalam keadaan macam ini...

Penulis boleh faham dengan perasaan yang bertepuk sebelah tangan ini...ini kerana penulis juga pernah mengalaminya....

Baiklah...kali ini penulis rasa baik penulis menceritakan perasaan itu dari menceritakan tentang penulis...

Apa yang penulis dapat ceritakan disini, dimana penulis sudah pandai menyukai seseorang. Ya, betul!!! penulis sudah merasai keseronokan menyukai seseorang. Tidak sangkakan selama ini penulis hanya menceritakan melalui pengalaman kawan2 penulis sahaja...kali ini penulis dapt berkongsikan perasaan penulis dengan semua.

Pada mulanya penulis merasakan yang kami ini sekadar kawan biasa dan bertindak secara profesional sahaja. Semakin lama semakin banyak masa yang diluangkan bersama, penulis dapat merasakan sesuatu yang aneh dalam diri penulis. semakin lama semakin menjadi2 perasaan itu. Perasaan yang sebagaimana hebatnya penulis sendiri tidak meluahkan melalui tulisan ataupun kata2. hebat bukan perasaan itu?? hehe...

Penulis pernah berdoa rapatkan kami sekiranya dia adalah insan yang ditakdirkan. Semakin lama penulis dapat rasakan semakin rapat penulis dengannya. kiranya permintaan penulis seolah2 dimakbulkan.

Namun, semakin lama penulis pendam perasaan penulis semakin mencengkam dada penulis dek sayang kepadanya. penulis betul2 terasa yang penulis ingin sangat bersamanya. dia adalah insan yang penulis rasakan gembira tika bersamanya. aduhai...itu sahaja yang terkeluar dari mulut penulis pabila penulis terlihat wajahnya.

Bila agaknya penulis dapat meluahkan perasaan penulis kepadanya ye??? seksa benar menahan perasaan ni.....awak...saya suke sangat kat awak....

Dec 17, 2010

Tolonglah....berikanku masa....

Setelah kekecewaan melanda....aku memerlukan ruang dan masa untuk aku membetulkan balik diri aku ini. "please give me some space and times to organize back my whole life"..

aku tengah kecewa ni...biarlah aku bersendirian...
aku memang dalam kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat kerana sayangku kepadanya terlalu mendalam...
sayangku tidak boleh diluahkan melalui kata2 tetapi tingkahku telah memberikan tanda2 sayangku kepadanya....

aku terlalu menyukainya sehingga sanggup aku membuat apa sahaja(yang elok shj) asalkan cintaku dibalas dan tidak bertepuk sebelah tangan...aku belajar caranya...aku belajar karakternya...aku cuba memahami setiap gerakgerinya...yang penting, aku cuba kawal diri aku dari membuatkan perkara2 yang  boleh membangkitkan kemarahannya...

aku terlalu menyukainya sehingga setiap detik pasti ingatanku kepada dirinya....tika aku terjaga dari lenaku, dia jua yang terjah dalam ingatanku...tika aku ingin melelapkan mata, dia jua yang bermain dimindaku....manakala, tika menyuapkan makanan pun masih lagi dia difikiranku..adakah ini dinamakan cinta?

Jikalau inilah dikatakan cinta, payah untukku teruskan hidupku kerana hanya dia sahaja dimindaku...benarlah bagai dikata, cinta ini dapat merubah segalanya. cinta itu buta..

Namun apalah dayaku melawan takdir yang telahpun ditentukan, sayangku rupanya disebelah pihak sahaja. Dia telahpun memilih gadis lain sebagai buah hatinya. Kelukaan aku menjadi semakin parah pabila gadis yang menjadi pilihannya adalah teman rapatku sendiri. Betapa luluhnya hatiku ini pabila pengakuan dibuat secara terang-terangan.

Sejarah berulang kembali. Kenangan ketika bersekolah dulu tergambar kembali difikiranku.Kekecewaan itu kembali mencengkam ulu hatiku. Pabila aku mengadu kepada keluargaku dan kawan2ku, mereka hanya memberikan kata2 yang dapat menambahkan lagi kelukaanku.

Tidak bolehkah mereka memelukku dan menyatakan 'itu hanyalah peristiwa yang mematangkan kamu..!!'

kenapa mereka perlu mengeluarkan kata2 yang dapat menghiris hatiku...??

Kini, biarlah aku bersendirian 'menikmati' kekecewaan ini.
Tidak mengapa, biarlah aku sendirian sahaja yang menanggung kekecewaan ini.
Pengajaran yang aku belajar, jangan bercerita masalah kepada orang lain kerana mereka akan menambahkan lagi kekecewaan aku. Selepas ini, hanya aku dan diriku sahaja. Tidak akan ada sesiapa yang dapat mengerti lagi perasaan aku.
Sesungguhnya aku berkecil hati dan benar2 tersinggung.

P/S: Bukan senang untuk kita memahami orang kerana kita sendiri tidak mengerti bagaimana untuk menawan perasaan orang lain. selagi kita tidak dapat menawan perasaan orang lain selagi itulah orang tidak akan memahami kita. Tetapi untuk aku, aku tidak memerlukan seseorang menyelami hatiku sedalamnya cukuplah sekadar tahu apa yang perlu dilakukan dan mempunyai banyak cara untuk menangani karenahku. (hehehehe)

Oct 23, 2010

Insan disana....

Kali ini penulis ingin menyatakan apa yang terpendam dalam hati penulis….
Penulis tujukan penulisan ini khas buat insan yang penulis sayang kini jauh disana, dan berharap dia tahu apa yang penulis rasakan kepadanya. Itupun kalau dia tahu dengan kewujudan blog penulis ini…^_^
Sy tak tau mana nak mulakan…tapi apa sy yang tau semakin lama semakin kuat ingatan sy terhadap awk. Sy jadi rindu bila awk jauh dari sy…tetapi bila awk berada dekat dengan sy, akan ada debaran halus datang menerpa…
Makin hari makin kuat awk dalam ingatan sy. Walaupun sy tahu, awk sudahpun ada pilihan hati, tapi I can’t help to falling in love with u. it comes naturally, dear.
Sayang, for the first time, I’d told someone that I love u so much. It’s just automatically came out from my lips, mungkin kerna sy tidak sukakan kepada lelaki tersebut. Is that a crime to be in love with u??? gosh cmni ke perasaan kita bile hati kite dicuri orang. Ish pelik benar perasaan ini…
Tapi sayang, sy rasa awk tak perlu risau kerana sy hanya menyayangi awk dan akan memerhati awk dari jauh sahaja. Awk tak perlu risau kerana sy takkan meluahkan perasaan sy terhadap awk. Sy memang terpikat dengan awk, akan sy pendamkan perasaan sy…awk tak perlu risau, ok???
A wise person told me, that I should confront about my feelings towards you. My heart whispered the same thing however my mind said, I should look into myself first. Bila2 difikir2kan balik, sy sepatutnye kene sedar diri la yang sy tak sesuai dgn awk, kan??
Kenapa sy tak pernah terfikir sebelum ini…tentang ini kan
Tetapi apa2 pun u r always be my sayang…^_^

AKU BENCIKAN KAU...

Aku bencikan kau,
Sungguh….

Benci pabila kau memandangku,
Benci pabila kau melihatku,
Benci pabila kau merenungku,
Benci pabila kau beradu pandanganku

Aku jua…

Benci pabila kau mengusikku,
Benci pabila kau memujiku,
Dan jua…
Benciku rasakan pabila engkau berbicara manis denganku.

Tetapi,
Apa yang paling aku bencikan adalah diriku, perasaanku, kerana aku tidak boleh membencimu walaupun aku memaksa diriku untuk membencimu.
Ini adalah kerana, kasihku lebih tebal dari benciku….

P/S:
Perlukah aku memberitahumu yang aku menyayangimu??? aku harap engkau memahami apa yang tersirat didalam hatiku ini…bukan kehendakku untuk membencimu tetapi dek kerana sayang yang melangit aku terpaksa berpura2 untuk membencimu agar aku tidak terkecewa di kemudian hari…