Mar 12, 2016

APA KATA HATI KALI INI?

ok....banyak kali dah kita dengar, "ikut kata hati kita akan mati, ikut rasa badan binasa" betul tak?

tetapi setiap kali gerak hati yang pertama itu janganlah kita persiakan kerana kadang kadang itu adalah petanda yang paling manfat sekali. mungkin itu adalah takdir kita. namun dizaman serba canggih dan kejam ini, segala tindak tanduk kita perlu difikirkan buat keseribu kali sebab takut tersalah langkah. sekiranya sekali tersalah langkah ada kemungkinan kita akan kita memilih jalan hitam dan selamanya terjebak di alam hitam itu. mungkin kekesalan di kemudian hari tiada lagi berguna di kala itu.

Sebab itu setiap kali memerlukan membuat keputusan kita perlu memohon petunjuk dari Allah supaya Allah mendorong kita ke jalan yang lurus. Bukan mudah untuk membuat keputusan apabila ianya berkaitan dengan hidup dan mati kita.

Keputusan yang paling susah buat aku sekarang ini adalah Kahwin. Perkahwinan memang menjadi perbualan setiap uda dan dara, teruna dan gadis serta duda dan janda.  Tidak lupa juga lelaki yang "gatai" nak berpoligami. Selama ini aku menganggap perkahwinan itu satu pengakhiran bagi kehidupan seseorang. Namun apabila aku semakin dewasa dan melihat perkahwinan kaum keluarga dan kawan kawan serta orang sekeliling yang penuh dengan pancaroba dan dugaan yang sangat hebat, membuatkan aku berasa fobia. Setelah melaui pelbagai rintangan dan kesedihan yang amat sangat di usia mudaku dan kini sudahpun menjengah ke 3 series dan masih membujang membuatkan aku semakin fobia dengan perkahwinan. Bagi aku cukuplah sekadar ada buah hati dan hati tidak selalu terasa kosong. Namun semakin lama semakin meningkat usia ini membutakan aku terfikir, perlukah aku membujang sehingga ke tua? Kalau nak kahwin pun, takkan nak main tangkap muat je? takkan sebab kawan kawan aku semua dah kahwin aku pun kena kahwin jugak? ermm semua tu buat aku bertambah fobia bila aku mendengar cerita dan peristiwa berlaku didepan aku sendiri yang lelaki ini bila dah dapat, buang mcm tu  sahaja. Tiada langsung penghargaan kepada isteri isteri mereka. kadang kadang sebabkan persepsi minda orang kita ni, perempuan yang melebihi umur 25tahun kena kahwin. Ada sesetengha tu kahwin diusia muda tapi lepas isteri dia beranak satu, dia ceraikan isterinya. Haaa kisah terbaru, Elly Mazlein, sikit punya meletop kot badan dia kulit dia muka dia...sekali kene cerai jugak...hailaaa inikan orang yang macam aku ni, serba serbi kekurangan...lagi lah.....

Ada juga lelaki yang nak kahwin sampai 3 ke 4 orang tapi tak mahu bekerja. Asyik melepak dan main dam kat kedai kopi. Mengharapkan duit isteri dan lebih hebatnya si isteri yang bertungkus lumus menanggung makan minum si suami dan anak anak. Makaihhh siap main order order lagi. Ada juga aku perhatikan lelaki yang bermulut manis, kerja tak seberapa tapi isteri sikit punya ramai dan natijahnya tak dapat beri nafkah seadilnya. Mulalah nak berbalah jika tiada nafkah yang mencukupi.

Perempuan ni, bila lepas kahwin macam dah kena ikat, tak boleh dah nak kemana mana. Tetapi lelaki...? Lepas kahwin makin menjadi jadi gatalnya. Ini sebab, perempuan macam dah tak de harga dah kalau dah kahwin,

Pada pendapat aku, perempuan yang banyak menanggung kesan kesan yang negative setelah berkahwin. Dia akan kehilangan segalanya, dari segala aspek. Dia akan perlu banyak pengorbanan yang dia akan lakukan. Dia akan sentiasa mengalah dalam kehidupan berumahtangga. Ini kerana lelaki akan menggunakan kuasa "suami" untuk  membuatkan perempuan kehilangan segalanya. Terutama sekali, perasaan perempuan selepas kahwin. Lelaki tak pernah nak menghargai isterinya. Dari setiap pemerhatian aku, apa yang aku nampak, sebelum kahwin pelbagai janji ditaburkan. Namun, selepas kahwin, dah dapat perempuan tu jadi isterinya, dia persiakan isterinya, dia mengherdik isterinya, dia pijak pijak maruah isteinya, dia tidak menghormati isterinya, dia memburu wanita yang lebih cantik dari isterinya, dia tidak menghargai dan mempermainkan isterinya. itulah kesan kesan yang aku nampak dengan perkahwinan. Jadinya, tidak salah kot kalau aku merasa fobia untuk berkahwin. Lagi satu yang buat aku terasa sangat fobia adalah dengan lelaki yang janji nak menjadi suami bertanggungjawab tapi lepas berkahwin, tanggungjawab dari berat kepada isterinya dan dia sebagai suami "bertanggungjawab" untuk menghabiskan hasil titik peluh isterinya.  Lelaki pulak, selepas je berkahwin, dia akan menjadi lebih menarik. Perempuan yang suka memburu suami orang ini akan mencari peluang untuk membuatkan lelaki ini jatuh ke tangan mereka. Malahan, telahan lelaki "berpoligami ini adalah sunnah Rasulullah".

Itu sahaja point yang diberikan kepada kita. Kalau tak pun, "kalau bagi suami kahwin satu lagi, isteri itu akan dapat payung emas". Itu sahajalah senjatanya. ok, macam ni lah, aku tak pandai nak bercakap soal agama ini lebih lebih, tapi apa yang aku tahu, kalau soal berpoligami adalah sesuatu isu yang dipandang remeh bagi setiap lelaki yang mempunyai isteri lebih dari satu. Salah satu isu yang terang terangan lelaki memandang remeh adalah adil. Haa... aku rasa aku tak perlu ulaskan dengan lebih lanjut kot sebab ini dah sememangnya jelas kelihatan.

Seksis ke Egoistik ke Sakarstik ke, itu terpulang kepada semua nak kata apa kat aku. Ini cuma pendapat aku dan dari pemerhatian aku. Aku tidak memilih siapapun jodoh aku cuma aku akan memilih siapa yang akan bawa aku ke Jannah. Sebab aku sedar, aku masih banyak lagi perlu aku belajar dan kaji. Aku berubah untuk diri aku, aku memilih untuk Berjaya dalam semua aspek, tetapi kalau tersangkut dengan bahana jenis suami yang tidak berhati perut ini membuatkan aku memilih untuk sendiri. bukan senang untuk menjadi single parent. lebih baik single dari terseksa.

No comments:

Post a Comment