Jun 29, 2011

DULU & KINI

Dulu…akulah yang paling banyak mendapat panggilan telefon di pejabat…..
Kini…tiada…

Dulu...akulah yang paling seronok menyemak kerja2 org….
Kini…kerja2 aku disemak oleh orang….

Dulu…aku terlalu sibuk dengan mesyuarat disetiap syarikat yang perlukan khidmat aku
Kini…khidmat aku diperlukan untuk menghantar bos aku ke mesyuarat itu…

Dulu…keluarga aku tinggal2kan dek kerana kesibukkan kerja2 di pejabat
Kini…aku terlalu sibuk dalam mengendalikan keluargaku…

Dulu…aku tidak mempunyai keyakinan ketika berada di pejabat itu…
Kini…aku berasa amat yakin walaupun aku tidaklah sepandai mana…

Dulu…aku sentiasa dibandingkan dengan si kaki ampu…
Kini…aku terhindar dari si kaki ampu

Dulu…aku terlalu mementingkan keseronokkan bersama kawan…
Kini…keluarga menjadi teman hiburku…lagi indah dan bahagia berbanding kawan…

Dulu…cinta kepada si dia yang menjadi penguat semangatku untuk setiap segala segi…
Kini…cinta kpd-NYA & keluargaku yang menjadi penguat semangat dalam setiap segi…

Dulu…Kesibukkanku yg mengurangkan kasih sayangku kepada anak sedaraku…
Kini…aku terlalu sibuk dlm mencurahkan kasih sygku kepada anak buah kesayanganku

Dulu…adik2 aku tempat aku meluahkan segala ketidakpuasan hatiku berkenaan pejabat
Kini…aku dijadikan tempat mereka mengadu atas perihal sekolah mereka…

Dulu…aku tersgt tidak bahagia
Kini…aku menikmati kebahgiaan itu

Dulu…aku kesunyian dek kerana kesibukkan di pejabat….
Kini…aku terhibur walaupun sibuk kerna keluargaku yg bahagia…

Dulu…aku tak tahu membezakan antara intan dan permata
Kini…baru ku tahu yg mana 1 permata dan mana 1 kaca…

Dulu…adalah KACA yg sinarnya lebih sehingga mencalarkan hatiku dan terluka
Kini…adalah PERMATA yg sinarnya menyilau sehingga menambat hatiku untuk memberikan kasih sayangku sepenuhnya….

No comments:

Post a Comment