Jun 20, 2011

Aduh...sakitnye kecewa!!!!!

Oh, rupanya begini sakitnya pabila didalam kekecewaan..... baru kini aku faham sebab-sebab dan mengapa seseorang itu boleh mengambil tindakan yang diluar batasan pabila berada di dalam kekecewaan...

Aku akui, aku menjadi begitu kecewa sehingga dapat membuatkan aku tidak keruan dan jua tidak stabil. Emosiku memang tidak stabil.YE betul emosiku tidak stabil...!! Bagiku, tidak salah rasanya memendam perasaan dan ini bukan paksaan, tetapi apakan daya, aku perlu mengundur diri sebelum kecewa yang amat sangat. Aku tidak sanggup untuk makan hati untuk kesekian kalinya. Aku sudah lelah dengan perasaan ini.

Apa yang aku inginkan adalah kebahagiaan yang tiada taranya...

Suatu ketika dahulu dia pernah membuatkan aku merasai semuanya...cinta, sayang, suka dan juga minat. Pada asalnya aku menganggap perasaan itu adalah minat dan suka semata-mata. Semakin lama semakin mencengkam pangkal hatiku apabila melihat dia bermesraan dengan wanita lain. Hatiku menjadi semakin remuk pabila dia memilih wanita lain dalam hidup dia. Aku seakan mahu menanam diriku ini jauh ke dasar lautan Atlantik setelah mengetahui cintanya itu bukan untukku. Betul, aku akui yang cinta bukan semestinya dimiliki tetapi hatiku sentiasa berharap untuk memiliki cintanya. Setiap kali dia berada dihadapanku boleh membuatkan jantungku lari dari irama asalnya. Ini menyebabkan aku menurut segala karenahnya. Aku memendam perasaan marahku, cemburuku, dan cintaku hanya kerna dia....

Pada mulanya aku tidak mengerti apakah sebenarnya perasaanku ini sehinggalah aku disedari oleh seseorang yang menerangkan perbezaan antara setiap perasaan yang pernah aku lalui itu.CINTA... itulah yang bermain-main di tangkai hati aku. Perasaan itulah yang bertakhta setelah sekian lama. Aku harap sangat dia nampak
aku sepertimana aku melihat dia. Aku amat berharap dia tidak terluka dengan tindakan aku. Tiap tika bersamanya aku akan menjaga dan mengawal diri aku dari melakukan benda2 yang boleh membangkitkan kemarahannya. Jikalau ditanya "apakah yang memboleh menaikkan marahnya?" aku tidak mempunyai jawapannya. Tetapi aku tahu apa yang perlu aku lakukan supaya marahnya tidak meledak. Aku mencintainya sepenuh hatiku. Sememangnya, aku mengharapkan balasan cintaku ini tetapi semakin lama aku lebih senang menyimpannya sendirian tanpa mengharapkan balasan darinya. Hatiku tetap pedih dan perit setiap kali dia bersama wanita lain. Aku hanya memerhatikannya dari jauh. Aku tahu aku bukanlah wanita idamannya , aku harus sedar diriku ini...dan jadinya....itulah punca aku menjauhkan diri ku darinya.
Selepas dia memilih wanita itu, aku semakin parah. Demamku semakin melarat, badanku semakin lemah dan fikiranku menjadi semakin kosong. Dan yang menambahkan kesedihanku ini dengan masalah pejabat yang semaikn datang bertimpa2 dalam satu masa. Aku menjadi tidak berdaya menahan dugaan itu. Aku menjadi manusia paling pendiam dan pemurung. Aku bersedih sehingga reputasiku menurun. Tengoklah!!! betapa hebatnya cintaku ini. Betapa hebatnya diri dia sehingga mampu membuatkan hidupku kucar kacir dan haru biru.

Setelah beberapa bulan kemudian, dia dan wanita itu mengambil keputusan untuk memilih jalan masing-masing dan berpisah secara baik. Aku memperlihatkan telatah mereka setelah putus. Mereka masih baik tetapi tiada hati buat si dia untuk menerima kembali wanita itu kerana wanita itu bukan lah sesuai untuknya. Dikala itu aku amat berharap dia dapat melihat aku sebagaimana aku melihat dia. aku memberikan sepenuh perhatianku kepadanya. Aku memberikan sepnuh jiwaku kepadanya. Sehinggakan benda yang biasa menjadi emas kepada ku asalkan semuanya datang dari dia.

Aku sememangnya sanggup membuat apa sahaja untuknya. Walaupun aku sudah berada setgh jalan untuk ke destinasi yg dijanjikan, aku sanggup berpatah balik ke tempat asal sekiranya itulah kemahuannya. Dan aku pernah lakukan itu. Tak sangka ye, CINTA membuatkan manusia bertindak di luar batasan.

Akhirnya, diri aku masih lagi jauh dari pandangannya. Dia masih lagi tidak menyedari akan kehadiran diriku ini. Dia masih lagi tidak mengerti apa yang hati ini rasakan. Aku dibiarkan tenggelam dengan perasaaanku ini. Ingin sekali aku menerangkan kepadanya betapa cintanya aku kepada dia. Aku ingin membuatkan dia faham akan perasaan ini.  Tetapi, takdir telahpun membuat kerjaannya yang menyatakan terang-terangan yang dia bukanlah untukku setelah dia keluar dengan teman rapatku. Aku masih tidak mengerti mengapa kawan aku ini tidak memberitahu kepadaku hal yang sebenarnya. Aku menjadi semakin marah dan kecewa. Aku tersentap dengan telatah mereka berdua yang keluar berdua2an sepanjang masa dan membuatkan aku keliru dengan status perhubungan mereka.. Bila ditanya, "he's just a friend!!!"

Betul ke? aku masih buntu...Pada pendapat aku, kalau betullah yang dia itu hanya kawan, mengapa mereka merahsiakan tentang hal yang mereka keluar berdua...malahan yang betul2 membuatkan aku menjadi lebih kecewa apabila mereka berdua memperbodohkan aku, seolah2 aku ini tak de harga diri. Mereka meletakkan maruahku dihujung kaki mereka. Mereka menghina perasaan aku.
Sejak peristiwa itu, aku menjadi semakin teruk. Aku menjadi sebak sepanjang hari. Aku menjadi seorang yang sangat moody dan pemarah. Dan yang paling teruk sekali, aku demam dan muntah2 selama 2minggu tanpa henti. Tetapi masih dikatakan berpura2 sakit. Aku menangis sepanjang masa. Aku mengelamun dan jua aku hilang selera makan.Aku berharap setiap detik kesakitan yang aku rasai ini membuatkan aku tabah menghadapi kemudian hari. Tidak lama selepas itu aku membuat keputusan untuk berhenti dari bekerja disitu dan menjarakkan diriku dengan mereka. Itulah yang terbaik untuk diriku ini. Selepas meninggalkan semuanya, aku masih lagi menangis sehinggakan kering air mataku, dan aku memerlukan bantuan eye more untuk melembapkan kembali mataku ini. Saban malam aku mengenangkan peristiwa yang berlaku dan saban malam jua aku membalut lukaku ini. Sungguh aku kecewa....

Kepada dia, ingin aku berpesan, Aku pernah mencintaimu sepenuh hatiku..tetapi dirimu telahpun mencampakkan perasaanku ini jauh dari kamar hatimu seolah2 diriku ini tiada nilainya. Aku harap, kamu menemui kebahgiaan diatas retak seribu hatiku ini. Hancur lebur perasaanku ini. Maafkan aku, aku tak dapat lagi memberikan kemaafanku kepada dirimu.

Begitu jua kepada wanita itu, aku berharap kamu menemui kebahgiaan diatas keretakan perasaan ,kehancuraan hati dan kemusnahan kepercayaan ini. Aku percayakan kamu sebagai kawan aku tetapi kamu telahpun menghina perasaan aku dengan tanpa belas kasihan. Kamu telahpun mencalarkan maruahku dan mempermainkan persahabatan kita. Aku mendoakan kamu dan dia berkahwin dan berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Dikala itu, kamu dan dia akan menikmati setiap kehancuran hatiku dan mengecapi segala kekeliruan yang pernah aku lalui. Dan setiap kemaafan yang dipinta, akan cuba untuk aku memaafkan tetapi, sekiranya hati ini benar2 boleh menerima dengan penuh keredhaan.

P/S: Aku hanyalah insan biasa. Ada masanya aku rasional dan ada kalanya aku emosional. Tetapi setelah maruah dan perasaan aku diperjudikan, aku rasa tak salah bagiku untuk bertindak secara emosional. Tak pe la....ALLAH menyayangiku lagi....sebab itu, DIA tak nak melukakan aku di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment