Feb 18, 2013

Tikaman Lidah yang membinasakan.

Kebanyakkan bos yang penulis lihat, semakin lama semakin menjadi2...mereka perlu sentiasa dikipas baru senang nak naik pangkat or gaji.

'Quotes' yg paling penulis benci yang mana dipegang oleh setiap boss sekarang.
   ----- "kalau ko bagi aku 'kesenangan & 'keseronokan' aku bg apa yg kau nak termasuklah kuasa!!!"

------------------Bos 1 (yg kononnya 'adil & saksama')---------------------
boss------"ko ada kereta x???"
staff------ "tak de. selalu dtg opis pun naik bus. balik pun naik bus."
boss ----- "hah!! tak pe lah....ko duduk la cni. lagi 1 aku nk ko siapkan keje yang aku bg dalam ms yg aku
                  tetapkan. kalau x, QUIT!!!"
staff-----baik boss.
Boss----dah pegi panggilkan miss "F". dia boleh diharap (sbb dia ada kete). aku leh suh dia bawak. aku relax je kat belakang. kau?? kau pe ada???
staff----- minta diri boss. (dengan penuh rasa kehinaan disebabkan tidak ada kereta. sebbkan pergi ke kerja dengan menaiki bas 'cikai')

Bisa sungguh kata2 itu. betullah kata Imam Ghazali, "lidah manusialah yang paling tajam"
Ini kerana luka disebabkan tusukan pedang membolehkan parutnya hilang sekali pun meninggalkan kesan yang mendalam. Manakala tikaman lidah boleh menusuk sehingga ke kalbu manusia yang paling dalam dimana tiada penawar dan ubat untuk merawatnya.

Tegarkah kita menahan diri kutukan demi kutukan hanya kerana kita ini tidak berharta????  Penulis tertanya tanya kenapakah manusia zaman sekarang hanya mementingkan harta??? Hanya kereta sahaja taraf kehidupan kita dapat dibezakan.....bukan kereta hebat mana pun...setakat kereta buatan Malaysia je pun...Kalau pakai kereta yang setaraf mini cooper or setara dengannya boleh lah nak dibanding bandingkan...kereta buatan Malaysia je pun. Pelikkan manusia zaman sekarang. Sangat pelik!!

Ya!! Penulis akui penulis pernah menghadapi masalah sedemikian. Penulis sememangnya berasa sangat rendah diri disebabkan isu ini. Disebabkan isu kereta sahaja, maruah penulis dipijak pijak sehingga lumat. Banyak kali penulis dihina disebabkan penulis ttidak memiliki harta. Sedangkan saudara sendiri pun boleh lupa siapa kita ini. 

Tidak mengapalah. Bagi penulis setiap harta dan rezeki adalah ketentuan Ilahi. Kenapa setiap kali penghinaan ini ditujukan kepada mereka yang tidak mempunyai apa-apa... Kalau setakat menganggungkan orang yang ada kelebihan disebabkan ketidakmampuan diri sendiri baik tak payah nak berkawan kalau macam itu. 

Kesimpulannya, kita tidak ada hak langsung untuk menghakimi ataupun merendahkan martabat dan maruahnya hanya kerana harta dan darjat. Anak kepada orang kebanyakkan takkan pernah sama dengan anak kerabat DiRaja. Namun darah yang mengalir di dalam tubuh kita ini sama warnanya. Merah. Tetap Merah dan takan berubah menjadi warna lain melainkan sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa.

P/S: Ingatlah, kalau rasa diri itu kaya, ada lagi yang lebih kaya. Kalau rasa diri itu hebat, ada lagi hebat dair yang pernah kita bayangkan dan jikalau kita berasa kita ini berkuasa, ada lagi yang LEBIH berkuasa dari kita. To the "lovely" boss...."frankly speaking, I don't give any damn!!!"

No comments:

Post a Comment