Feb 26, 2015

CINTA... (episod 3-final)

Lihatlah dunia...disebabkan hati kita sukakan seseorang, kita mampu merubah kehidupan dan jalan hidup kita. Mr. A ini juga dapat merubah kehidupan aku. Malah terlalu besar perubahan itu. Itu yang menyebabkan aku tersangat angau kepadanya.

Baiklah aku beralih pula cerita ketika kami berada di tahun lima dan enam. Pada ketika itu memang banyak kenangan yang sukar untuk aku lupakan sehingga sekarang. 

Ketika berada di tahun 5 kelas kami selari ini bermakna jika mahu ke tandas, jasmani, kantin or balik akan melintasi kelasnya dahulu... emm dan berkebetulan dia merupakan pelajar paling tinggi dalam kelas dan menyebabkan dia terpaksa duduk di bahagian belakang sekali dan paling hujung di penjuru kelas bersebelahan pintu belakang kelas supaya tidak melindungi pelajar lain ketika didalam kelas...


Jadinya pertemuan semakin manis kerana setiap kali kelasku mempunyai Jasmani, kami sekumpulan akan turun ke padang dan perlu melalui kelasnya, dan setiap kali mata kami bertembung dan dia seolah2 menunggu kehadiran....kerana setiapkali kwan2ku lintas kelasnya, mesti matanya tertumpu ke arah mereka....dan aku tertangkap seolah2 mencari seseorang...setelah dia melihat kelibat ku, senyuman manisnya sentiasa menghiasi wajahnye yg kacak itu...aduh berbunga2 hatiku...kdg2 aku akan amik jalan jauh supaya tak bertembung mata dgnnya walaupun hati ni nak sangat bersama dia...tapi apa kan daya, hanya perasaan itu bermain di dalam dada dan tak mungkin dapat meluahkannya.....


ketika di tahun 6 kami mempunyai program intensif untuk UPSR, kelebihanku adalah memiliki sedikit kepandaian di dalam matematik, dan akan masuk ke kelas itu bersamanya, wah...happynye aku rasa...sungguh...aku gembira ketika bersama dengannya....aku merenung wajahnya sepuas hatiku...hihihi...nasib baik aku masih lagi boleh faham apa yang cuba cikgu sampaikan...kalau matapelajaran matematik aku membuat sebanyak mungkin latihan kerana aku sukakan subjek itu....

Akhirnya dewan telah siap dibuka kerana persediaan untuk menyambut ketibaan hari peepriksaan yang menyesakkan para pelajar tahun 6 di setiap pelusuk negara ini. Debaran didada bagaikan tidak mahu berhenti. Aku sudah berusaha takat yang aku mampu. Aku akui, aku ini bukanlah seorang yang dilahirkan genius. Aku perlu berusaha keras untuk mendapatkan keputusan yang bagus. Pada hari peperiksaan, aku sememangnya tidak mempedulikan hal Mr.A lagi. Aku hanya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan aku. Inilah perhitungan di masa hadapan. Samada aku boleh sambung di asrama penuh ataupun ke sekolah biasa sahaja?

Tiba hari terakhir peperiksaan. hari kemenangan buat pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia. Aku sangat gembira dan seronok kerana sudah berjaya melalui azab seksa ketika menjawab peperiksaan. Aku cuba mencari kelibatnya selepas habis peperiksaan itu. Namun tidak kelihatan.

"ermmm...cepat betul dia balik," kataku sendirian. Akhirnya, aku mencari dirinya di dalam mimpiku. Namun dia semakin menjauh termasuklah di dalam mimpi-mimpiku. Aku percaya kalau jodoh pasti kami akan bersama. Itu menjadi tunjang akal ku supaya tidak menyimpan sebarang harapan terhadapnya. Sehingga kini, aku tidak pernah berjumpa dengannya semula.

Sesungguhnya aku sangat berharap aku dapat menemuinya sekali lagi untk membangkitkan semula rasa cinta ini. Namun apakan daya, hanyalah bertepuk sebelah tangan. Pada usia kami 25 tahun, dia mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis impiannya dan  juga merupakan gadis idamannya. Cantik sungguh gadis itu. Aku akui aku menangisi dengan kebahagiaan yang dia kecapi. Sedangkan aku mencintainya dalam diam. Perit.

Namun, semakin meningkat dewasa, aku telah terkena virus fobia untuk berkahwin. Segala perasaan yang pernah aku ada untuk memilikinya hilang begitu sahaja. Kini, aku sudahpun mencecah 3series (yeah...scary age to ladies if not getting married) tapi masih belum bertemu  jodoh, dan aku juga tidak mengharapkan jodoh itu tiba kerana banyak lagi yang perlu aku capai. Ini kerana aku memerlukan sesuatu untuk diriku, sekiranya aku ditinggalkan, aku masih ada back-up plan untuk diri aku dan anak anak (sekiranya aku berkahwin dan diceraikan, ada anak). Dan, Sejujurnya, aku mendoakan kebahagiaannya. Aku hanya berharap kebahagiaan yang dia dan gadis itu serta anak anaknya akan berkekalan sehingga ke Jannah.


No comments:

Post a Comment