Dec 25, 2011

Ilmu Hitam---perlukah?????

"oh..pe ssh sgt....tok bomoh kan ada..?? boleh minta tolong tok bomoh tu matikan dia. kita buat melalui angin la...senang skit. kalau buat ikut makanan takut dia perasan lak,'' kata Si Penipu kepada Si Bodoh....

Di era teknologi canggih ini, makin ramai pula yang mempercayai benda-benda tahyul ini. Benda yang kononnya memerlukan pulut kuning, telur ayam kampung, ayam putih, darah kambing hitam dan pelbagai lagi benda kotor yang lain digunakan.

Penulis cuba untuk merungkaikan sebab2 utama sihir menyihir ini terjadi. Pada mulanya penulis memang tidak mempercayainya kerana itu semua tahyul. Kita ada ALLAH, mengapa kita perlu berteraskan Syaitan untuk menjatuhkan orang lain???? Perlu ke hidup kesenangan di atas kejatuhan dan kemurungan seseorang itu????

Pelik dan semakin membimbangkan. Ilmu sihir ini melibatkan nyawa dan kesejahteraan seseorang. Kenapa perlu ada hasad dengki ini? penulis sampai sekarang kurang faham diatas tindakan seseorang dengan melakukan ilmu hitam  ini. dia tak rasa berdosa ke bila melakukan perbuatan yang dilarang oleh ALLAH??? bukankah sihir itu salah satu jatuhnya hukum Syirik kepada orang yang mendajalkan orang???

Kalau kerana pangkat yang menjadi isu, penulis rasa tidak perlulah lakukan ilmu hitam ini. Kalau mahukan pangkat itu, berusahalah sehingga mencapai tahap kemahuan pihak atasan. bukan dengan mengipas punggung boss itu sampai nak b***k pun keluar ais.

Bos pun 1, kadang2 berat sebelah juga. Perlu ke bos ini hina orang bawahannya ini dihadapan semua staf....???
bos ini ada hak ke nk menjatuhkan air muka seseorang itu?
bos ini ada hak ke nk membiarkan seseorang tu dalam keadaan yang ditindas...???

Disebabkan boss yang berat sebelah dan si kaki ampu menyebabkan org yg "tidak berguna"  semakin berkuasa. Mereka yang tidak mempunyai apa2 kehebatan dan kelebihan dalam 'mengampu' ditindas teruk seteruknya sehingga ada yang sanggup (biasanya si pengampu) menabur pasir ke periuk nasi orang lain.

sinis??? penulis tidak rasa benda yang macam ini sinikal. ini kerana penulis menulis berpandukan pemerhatian yang telah penulis lakukan. kadang-kadang hasad dengki inilah punca segalanya. Ilmu hitam??? perlukah?? penulis tidak pernah merasa yang hidup dengan hasutan SYAITAN ini berkekalan. persoalan yang sentiasa bermain2 di fikiran penulis, "mengapa kita perlu merosakkan kesejahteraan manusia sejagat dengan ilmu hitam, hantu raya, pelesit, dan sebagainya...??"

sehingga kini penulis masih lagi tidak faham dengan telatah manusia zaman sekarang ini.
PUNCA terjadinya Ilmu hitam/sihir adalah:
          * Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
          * Putus pertunangan.
          * Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
          * Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
          * Rebutan harta pusaka.
          * Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
          * Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
          * Mencuba kehebatan ilmu.
          * Mendapatkan keuntungan duniawi.


p/s: Jikalau kita terlalu mahukan sesuatu, berusahalah dengan lebih gigih. Percaya pada bakat tersendiri kerana dengan bakat itulah yang membantu kita di kemudian hari. Percaya pada diri dan ALLAH. bukan pada benda2 yang kotor dan durjana.

1 comment:

  1. erm..takut jugak dengan ilmu hitam ni..erm...mcm2 org sekarang ni .....

    ReplyDelete