Jan 9, 2011

Makin lama makin menyakitkan...!!!

Hari ini penulis ingin mengupas tentang perasaan sayang atau cinta yang bertepuk sebelah tangan....

Perasaan yang disimpan terlalu lama dengan sendirian membuatkan kita terseksa....betullah kata pepatah yang "penantian itu satu penyeksaan..." ini kerana pabila seseorang itu menanti dalam penantian yang tak pasti, memanglah amat menyeksakan...huhuhuh....sedihkan bila berada dalam keadaan macam ini...

Penulis boleh faham dengan perasaan yang bertepuk sebelah tangan ini...ini kerana penulis juga pernah mengalaminya....

Baiklah...kali ini penulis rasa baik penulis menceritakan perasaan itu dari menceritakan tentang penulis...

Apa yang penulis dapat ceritakan disini, dimana penulis sudah pandai menyukai seseorang. Ya, betul!!! penulis sudah merasai keseronokan menyukai seseorang. Tidak sangkakan selama ini penulis hanya menceritakan melalui pengalaman kawan2 penulis sahaja...kali ini penulis dapt berkongsikan perasaan penulis dengan semua.

Pada mulanya penulis merasakan yang kami ini sekadar kawan biasa dan bertindak secara profesional sahaja. Semakin lama semakin banyak masa yang diluangkan bersama, penulis dapat merasakan sesuatu yang aneh dalam diri penulis. semakin lama semakin menjadi2 perasaan itu. Perasaan yang sebagaimana hebatnya penulis sendiri tidak meluahkan melalui tulisan ataupun kata2. hebat bukan perasaan itu?? hehe...

Penulis pernah berdoa rapatkan kami sekiranya dia adalah insan yang ditakdirkan. Semakin lama penulis dapat rasakan semakin rapat penulis dengannya. kiranya permintaan penulis seolah2 dimakbulkan.

Namun, semakin lama penulis pendam perasaan penulis semakin mencengkam dada penulis dek sayang kepadanya. penulis betul2 terasa yang penulis ingin sangat bersamanya. dia adalah insan yang penulis rasakan gembira tika bersamanya. aduhai...itu sahaja yang terkeluar dari mulut penulis pabila penulis terlihat wajahnya.

Bila agaknya penulis dapat meluahkan perasaan penulis kepadanya ye??? seksa benar menahan perasaan ni.....awak...saya suke sangat kat awak....

No comments:

Post a Comment