Dec 17, 2010

Tolonglah....berikanku masa....

Setelah kekecewaan melanda....aku memerlukan ruang dan masa untuk aku membetulkan balik diri aku ini. "please give me some space and times to organize back my whole life"..

aku tengah kecewa ni...biarlah aku bersendirian...
aku memang dalam kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat kerana sayangku kepadanya terlalu mendalam...
sayangku tidak boleh diluahkan melalui kata2 tetapi tingkahku telah memberikan tanda2 sayangku kepadanya....

aku terlalu menyukainya sehingga sanggup aku membuat apa sahaja(yang elok shj) asalkan cintaku dibalas dan tidak bertepuk sebelah tangan...aku belajar caranya...aku belajar karakternya...aku cuba memahami setiap gerakgerinya...yang penting, aku cuba kawal diri aku dari membuatkan perkara2 yang  boleh membangkitkan kemarahannya...

aku terlalu menyukainya sehingga setiap detik pasti ingatanku kepada dirinya....tika aku terjaga dari lenaku, dia jua yang terjah dalam ingatanku...tika aku ingin melelapkan mata, dia jua yang bermain dimindaku....manakala, tika menyuapkan makanan pun masih lagi dia difikiranku..adakah ini dinamakan cinta?

Jikalau inilah dikatakan cinta, payah untukku teruskan hidupku kerana hanya dia sahaja dimindaku...benarlah bagai dikata, cinta ini dapat merubah segalanya. cinta itu buta..

Namun apalah dayaku melawan takdir yang telahpun ditentukan, sayangku rupanya disebelah pihak sahaja. Dia telahpun memilih gadis lain sebagai buah hatinya. Kelukaan aku menjadi semakin parah pabila gadis yang menjadi pilihannya adalah teman rapatku sendiri. Betapa luluhnya hatiku ini pabila pengakuan dibuat secara terang-terangan.

Sejarah berulang kembali. Kenangan ketika bersekolah dulu tergambar kembali difikiranku.Kekecewaan itu kembali mencengkam ulu hatiku. Pabila aku mengadu kepada keluargaku dan kawan2ku, mereka hanya memberikan kata2 yang dapat menambahkan lagi kelukaanku.

Tidak bolehkah mereka memelukku dan menyatakan 'itu hanyalah peristiwa yang mematangkan kamu..!!'

kenapa mereka perlu mengeluarkan kata2 yang dapat menghiris hatiku...??

Kini, biarlah aku bersendirian 'menikmati' kekecewaan ini.
Tidak mengapa, biarlah aku sendirian sahaja yang menanggung kekecewaan ini.
Pengajaran yang aku belajar, jangan bercerita masalah kepada orang lain kerana mereka akan menambahkan lagi kekecewaan aku. Selepas ini, hanya aku dan diriku sahaja. Tidak akan ada sesiapa yang dapat mengerti lagi perasaan aku.
Sesungguhnya aku berkecil hati dan benar2 tersinggung.

P/S: Bukan senang untuk kita memahami orang kerana kita sendiri tidak mengerti bagaimana untuk menawan perasaan orang lain. selagi kita tidak dapat menawan perasaan orang lain selagi itulah orang tidak akan memahami kita. Tetapi untuk aku, aku tidak memerlukan seseorang menyelami hatiku sedalamnya cukuplah sekadar tahu apa yang perlu dilakukan dan mempunyai banyak cara untuk menangani karenahku. (hehehehe)

No comments:

Post a Comment