Sep 5, 2010

Hadir tanpa dipaksa...

Hari ini aku rasa aneh sangat...aku dapat merasakan sesuatu yang luar biasa...
apakah perasaan ini???


adakah ini yang dinamakan sayang??? kerna setiap hari rindu sentiasa bertandang di segenap ruang hatiku ini terhadap dirinya.....

Aku masih keliru dengan perasaan aku...aku menjadi pelik dengan apa yang aku rasakan ini....


Adakalanya aku menjadi tanda tanya kepada diriku sendiri, pabila dia berada dekat denganku aku seperti tidak mempunyai apa2 perasaan pun kepadanya dan biasa tetapi sekiranya dia berjauhan dariku, aku menjadi rindu. pelik, kan????

Aku hanya memendam perasaan aku terhadapnya...perasaan sebelah pihak ini memang menyakitkan....aku akui kebelakangan ini, dia sentiasa didalam fikiranku, malah setiapkali bangun pagi dia adalah orang pertama yang singgah di pemikiranku ini tanpa dipaksa...ianya menjadi secara semulajadi, " it comes naturally, baby" hehehhe...


kadang2 aku rasa macam nak luahkan je perasaan aku ni kat dia tapi aku malu sgt2....dia takkan memandang aku walaupun aku berada didepan mata dia....


Nak diluahkan apa yang dirasakan tetapi tak terluah....aku sedar diri aku dimana...memang pun tak setanding dengannya..


Jadinya aku telah pun mengambil keputusan untuk memerhatikannya dari jauh...aku hanya memendam perasaan aku sendiri dan aku amat2 berharap dia berbahagia sekarang ni....aku akan sentiasa doakan dia supaya dia bergembira dan berbahgia selalu....


aku sedar cinta tidak semestinya untuk dimilikki...apa yang mampu aku buat adalah mendoakan kesejahteraan dia dan menyayangi diri aku sepenuhnya dan menjadikan diri aku yang terbaik kerana aku tahu setiap kesabaran itu ada terselit sesuatu keindahan yang sangat bernilai....


Sebenarnya, aku pun tak sedar bila aku mula sukakannya kerana selama ini aku hanya anggap dia sebagai kawan sahaja....apa yang aku tahu sekarang ini, dia sentiasa berada di dalam fikiran aku....


P/s: Cinta hadir tanpa dipaksa, bila cinta itu tumbuh dengan sendirinya adalah cinta yang ikhlas...perasaan ini akan bertahan selama-lamanya....



No comments:

Post a Comment