Mar 14, 2010

DICARI atau MENANTI????!!!!!!!

CINTA….penulis memang suka sangat mengetengahkan isu2 begini…cinta, adakah ianya perlu dicari ataupun menanti??? Di sini penulis lebih mementingkan di pihak kaum hawa.

Dalam mencari kebahagiaan ini perlukah kami kaum hawa ini mencari cinta??? Tidakkah ini dikatakan ‘Perigi mencari timba’?? atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil ‘Desperate’??

Kebelakangan ini penulis asyik memikirkan ‘adakah seorang wanita perlu mencari cintanya ataupun menerima sahaja cinta yang datang walaupun tidak ada sekelumit sayang di hati wanita itu???’

Ini kerana, rata2 kaum hawa akan mengatakan kepada penulis yang kaum hawa perlulah menanti cinta itu, dan ayat yang paling kerap diucapkan adalah “kita perlu memilih orang yang sayangkan kita bukan kita yang sayangkan dia”. Pepatah ini benar. Ini menunjukkan yang perempuan itu tidaklah dikatakan perempuan yang tidak tahu malu.

Penulis ada bertanyakan kepada rakan2 penulis. Rata2 menjawab, ianya perlu dicari..

Lelaki kata: ia perlu dicari sebab populasi lelaki semakin kurang…
Wanita berkata: cinta hanya perlu ditunggu sehingga disunting oleh kaum Adam.

Cinta mudah untuk wujud. Ini kerana dalam masa seminit dan menghabiskan masa sehari sahaja dapat mewujudkan perasaan cinta itu…

Kalau kaum Hawa yang mencari cinta takut dikatakan “perigi mencari timba” tetapi kalau tidak berterus terang terhadap buah hati pujaan hati kita itu akan terlepas ke tangan orang lain…bagaimana nak buat itu, ye?

Akhirnya semakin membiaklah spesis seperti penulis ini…umur dah banyak tetapi masih belum memiliki sekeping hati dari pihak Adam…

Kesimpulannya, kita perlu terima seadanya jikalau ada org yg terima kita..tak baik memilih sebab kita akakn terkena balik dengan apa yang kita buat…Tetapi di kala memilih itu kene la berhati2 k…

Pemikiran yang tenang akan membawa kita ke arah yang lebih menyenangkan..betul tak?

Nasihat penulis,
Jangan menerima seseorang kerana ego yang menebal di dada kerana ego itu akan memakan diri kita balik.
Jangan menerima seseorang kerana kasihankan dirinya, ini kerana kita akan menikam dirinya dari belakang. Dan juga
Jangan memilih orang yang kita sayang kerana dia akan merobekkan hati kita dengan belati tajam tetapi
pilihlah dengan orang yang sayang kita sepenuh hatinya kerana dia akan menjaga serta menyayangi kita sebaik ibu bapa kita.

No comments:

Post a Comment