Jan 17, 2010

Indahnya Dunia Pabila....

Indahnya dunia ini pabila kita:

Gembira
- Ini ada benarnya kerana apabila kita hidup gembira kita akan melihat kesemua keindahan dunia ini dengan mata bundar kita serta mata hati kita...

Benar
- Disini ingin penulis ketengahkan yang berada di dalam keadaan benar dapat menjadikan dunia kita indah dan berwarna warni kerana kita berada di dalam keadaan yang tenang...

Bebas Hutang
- Kalau kita berhutang kita takkan berasa tenang sebab terlalu dibebani dengan hutang di keliling pinggang. Ini kerana setiap duit hasil titik peluh kita akan habis ke hutang dan kita akan melimitkan segala kemahuan kita. itu jua akan mengurangkan kebahagiaan kita.

Positif
- Dalam setiap pergerakan kite, kite sentiasa berfikiran positif....kita
akan rasa gembira kerana bila kita berfikiran positif dan sumenye akan berjalan lancar sebab kita nampak dan lihat semua perspektif secara rasional....

Bersyukur
- Selain itu, kita bersyukur setiap apa yang kita dapat...sekurang2nya kita amat berpuas hati dengan setiap usaha kita....

Beriman
- Kita tahu yang kita ini berada di bawah naungan Yang Maha Esa..jadinya pabila kita menurut segala perintah-Nya, memang setiap kebaikan akan sentiasa datang kepada samaada cepat atau lambat sahaja.

Motivasi
- Sentiasa memotivasikan diri sendiri untuk berjaya dalam hidup..berjaya dalam hidup bukanlah kejayaan dalam kesenangan hidup tetapi kita berjaya melangkah ke kehidupan yang lebih baik dari yang sebelumnya....

"determine"
- Dan akhir sekali, "determine"...penulis tidak berapa pasti dengan maksudnya di dalam bahasa melayu...perkataan yang tepat untuk perkataan "determine" ini...tetapi apa yang penulis ingin terangkan disini yang seseorang ini tekad dan bersungguh dalam mengejar cita2nya...

Akhir sekali dengan adanya elemen2 diatas di dalam diri anda semua bermakna akan telah pun menjalani kehidupan yang sempurna untuk diri anda sendiri walaupun kita tidak lah sekaya "Yusof Haslam" our 6 million man...Jadinya, kita lah yang menggarap semua lukisan serta penulisan karya hidup kita. Warnai lah ia dengan baik serta susuni lah kata2 serta ayat2 yang sempurna untuk tujuan yang terbaik untuk diri sendiri...

P/S: kata2 di dalam entry ini juga adalah pesanan untuk diri penulis sendiri. penulis juga ingin mengingati diri sendiri dengan menulis entry ini....

1 comment: