Jan 11, 2010

AWAK, KALAU KITA KATAKAN…

AWAK…
KALAU KITA KATAKAN YANG KITA GEMBIRA
BILA AWAK BERADA DI SISI KITA,
AWAK PUN TURUT GEMBIRA KE???

AWAK…
KALAU KITA KATAKAN YANG KITA INI SANGGUP MENGGANTIKAN TEMPAT SI DIA YANG PERNAH LUKAKAN HATI AWAK,
SUDIKAH AWAK BERIKAN TEMPAT ITU KEPADA KITA???

AWAK…
KALAU KITA KATAKAN YANG KITA BOLEH TERIMA AWAK SEADANYA,
ADAKAH AWAK AKAN TERIMA KITA SEADANYA???

AWAK…
KALAU KITA KATAKAN YANG KITA SANGGUP TUNGGU AWAK,
SUDIKAH AWAK MENGHARGAI PENANTIAN KITA INI???

AWAK…
KALAU KITA KATAKAN YANG KITA SANGGUP BERKORBAN UNTUK AWAK,
SANGGUPKAH AWAK PUN BEGITU DENGAN KITA???

AWAK…
KALAU KITA KATAKAN KITA SUKAKAN AWAK,
AWAK AKAN BALAS PERASAAN YANG SAMA KE???

AWAK…
KALAU KITA KATAKAN YANG KITA SUDAH JATUH HATI DENGAN AWAK,
SUDIKAH AWAK MENAWARKAN HATI AWAK ITU KEPADA KITA???

AWAK…
KALAU KITA KATAKAN YANG KITA MEMERLUKAN AWAK SETIAP MASA,
SUDIKAH AWAK BERADA DISISI KITA SETIAP MASA????

AWAK…
KALAU KITA KATAKAN YANG KITA NAK HABISKAN SISA SISA HIDUP KITA DENGAN AWAK,
SUDIKAH AWAK MENEMANI KITA???

AKAN TETAPI…..

KALAU KITA BUKAN PILIHAN AWAK,
KITA TERIMA KETENTUAN-NYA,
SEBAB KITA AKAN GEMBIRA BILA AWAK GEMBIRA…

AWAK…
KITA BERHARAP AWAK GEMBIRA…
KITA SAKIT KALAU AWAK ASYIK MEMENDAMKAN KELUKAAN AWAK ITU…
SEBAB KITA TAHU YANG AWAK BERHAK UNTUK HIDUP BAHAGIA…

AWAK…
KITA MALU UNTUK MENGAKU APA YANG KITA RASAKAN KAT AWAK SEBAB KITA PEREMPUAN…
KITA TAK NAK DIKATAKAN “PERIGI MENCARI TIMBA”…

TETAPI…

PADA MASA YANG SAMA KITA SUKA SANGAT KAT AWAK...
TAPI KITA TAU KITA TAK SEPADAN DENGAN AWAK SEBAB AWAK TERLALU BAIK UNTUK KITA…

AWAK...
KITA HARAP AWAK BAHAGIA…
video

No comments:

Post a Comment