Jan 19, 2010

CINTA....(episod 2)

Perkenalan aku dengan Mr. A tidak lama kerana kami tidak berjumpa lagi selepas tamat darjah enam. Tetapi aku tetap menghargai perhubungan aku dengan dia. Terus terang aku katakan yang aku teramat suka kepada Mr.A.
Setiap kali aku keseorangan aku mesti teringat Mr. A.


Dia memang lelaki idaman aku, tinggi dia, senyum dia, renungan dia, tingkahlaku dia, bijak pandai dia, sopan dia dan segala2nyalah..(kalau dh sukakan semuanya cantik..hehehe). Dia juga merupakan lelaki pertama yang buat hati ini sentiasa tak sabar nak ke sekolah dan tidak keruan..hehe..kalau tak tgk muka dia sehari mcm nk pecah dada aku ni haaa...(mesti ada yang muntah darah bila baca ayat nih…hik hik hik ^_~ )

Kalau ikutkan masa sekolah rendah dulu, aku ini antara murid yang “sengal” skit…heheh…budak tak pandai…dari darjah 1 hingga darjah 3, aku tak pernah dapat nombor 1 ataupun “top ten” dalam kelas. Mesti aku dapat nombor puluh2… hik hik hik “sengal”kan aku…?? ^v^

Hari berganti hari dan aku dimasukkan ke tahun 4B dan ketika itu Mr.A baru sahaja berpindah ke sekolah itu. Pada asalnya aku tak rasa pe2 pun… tetapi sejak kami naik satu bas sekolah, setiap pagi akan sentiasa bertentang mata dan berbalas senyuman, membuat aku makin tertarik dengan dia. Ahhh indahnya perasaan itu (pada masa itu laaa)..kalau la benda ni terjadi lagi sekali takkan aku persiakan peluang yang ada depan mata…

Pertarungan mata antara kami semakin hari semakin hebat…perasaan aku bagaikan dilambung2 ombak tatkala dia merenung dan melemparkan senyuman manisnya itu…aku ingat lagi perasaan itu, melayang sampai tahap tak nak turun ke bumi….hehhe

Semakin hebat apabila kelasku berhadapan dengan kelasnya dan aku mencari tempat duduk yang depan sekali bersebelahan dengan pintu masuk kelasku agar aku dapat melihatnya tanpa sebarang halangan. Ini kerana tempat duduknya sememangnya senang untukku melihatnya.

Dari kejauhan aku melihat ketekunan dia belajar dan membuatkan hati aku terusik dan berazam untuk menjadi pelajar yang pandai. Bermula episod hidupku yang sukakan sekolah dan pembelajaran.

Sejak dari itu, aku mula sukakan pelajaran, disebabkan kelas aku adalah antara kelas yang terbaik, jadinya “competition” dalam kelas memanglah teramat sengit.

Disebabkan rajin belajar la pelajaran aku makin meningkat, dari nombor puluh2 ke nombor belas2 ke top ten dan yang paling best sekali aku dapat nombor 4 bagi peperiksaan akhir tahun. Satu kejayaan bagi aku kerana aku tak pernah merasa top 5 dalam kelas.yg 3org lagi tuh mmg aku tak dapat kalahkan sbb diaorg harapan sekolah untuk 4A walaupon di dalam darjah 4.

Lihatlah Dunia!!!! Betapa hebatnya penangan perasaan yang melambung2 nih…akhirnya aku berjaya. Bukan disebabkan dirinya sahaja tetapi peranan dan kasih sayang kedua ibu bapa ku jua yang meningkatkan semangat ku untuk berjaya dalam hidup…Kedudukan mereka masih lagi kukuh di hati aku dan tidak mungkin bergoyah kedudukan itu..Mr A ini sekadar selingan dan insan kedua yang terpenting dalam hidup aku selepas keluargaku…

Kehadirannya membawa tuah serta kebaikan kepada diriku ini… jadinya tidak ada salahnya kalau aku menyukainya… ini kerana dia telah membawa kebaikan kepada diriku ini…


Hebatnya penangan dan panahan mata Mr A ni, sampaikan dapat merubah aku ke jalan yang lebih berguna… hehehehe


P/S: Mama, jangan marah ye…anyway sabar menanti k…akan ada sambungan di pertemuan yang akan datang…..

2 comments:

  1. nie aku nak merajuk nie..MR A org kedua penting le[as family..abis aku nie tmpt ke brapa hah??sampai ati ko buat aku cmni kan..lupakan kwn tul la..

    ReplyDelete
  2. weiii....hampeh ko nih...ade yg nk mkn kasut buatan gombak nih....ko kategori family la....lain cite...ntah hape2 la ko ni....tu pon nk merajuk....kuang3...ko potong la...aku baru nk jiwang2...ko ni...hikhikhikhik

    ReplyDelete