Oct 7, 2010

Hari Lahir....

Hari lahirku….(23rd Sept 2010)

Pada tarikh hari lahirku…aku hanya berharap dapat setangkai bunga ros berwarna merah…tetapi apa yang aku dapat adalah sekotak coklat yg dihiasi dengan setangkai bunga ros merah..aku berasa sungguh gembira…aku Cuma mengharapkan yg sedikit dan dapat lebih dari itu walaupun ianya hanyalah lukisan dan gambaran pada kotak coklat itu…

Benar, aku berasa sungguh gembira….sgt2 gembira  kerana aku dapat pakej…bunga yg aku harapkan dan coklat putih yg menjadi kegemaranku….bukankah itu satu nikmat yang sememangnya lebih dari apa yang aku harapkan…

Di situ aku berasa sgt bersyukur kerana aku mengharapkan sesuatu yg biasa tetapi diberi kenikmatan yg berlipat kali ganda…

Jadinya aku tahu yg aku perlu menyayangi orang yg menyayangi aku….sepatutnya aku perlu sedar yang aku ini dikelilingi oleh orang yg menyayangi aku seadanya…

Kadang2 aku terpikir, aku berdosa sangat aku ini sebab buat mummy & daddy aku  susah hati. Aku rindukan zaman kecik2 yg mana aku dapt menggembirakan hati mereka. Yang mana juga dapat menjadikan hati mereka tenang dan hilang segala penat lelah mereka.

Ape2 pun aku gembira gak pada hari lahirku…I have somebody who really loves me just the way I am.

Aku tak mengharap kesempurnaan dalam seseorang itu tetapi aku berharap aku sempurna di matanya. Itu sahaja….


No comments:

Post a Comment