Oct 23, 2010

AKU BENCIKAN KAU...

Aku bencikan kau,
Sungguh….

Benci pabila kau memandangku,
Benci pabila kau melihatku,
Benci pabila kau merenungku,
Benci pabila kau beradu pandanganku

Aku jua…

Benci pabila kau mengusikku,
Benci pabila kau memujiku,
Dan jua…
Benciku rasakan pabila engkau berbicara manis denganku.

Tetapi,
Apa yang paling aku bencikan adalah diriku, perasaanku, kerana aku tidak boleh membencimu walaupun aku memaksa diriku untuk membencimu.
Ini adalah kerana, kasihku lebih tebal dari benciku….

P/S:
Perlukah aku memberitahumu yang aku menyayangimu??? aku harap engkau memahami apa yang tersirat didalam hatiku ini…bukan kehendakku untuk membencimu tetapi dek kerana sayang yang melangit aku terpaksa berpura2 untuk membencimu agar aku tidak terkecewa di kemudian hari…

No comments:

Post a Comment