Mar 14, 2010

KENAPA & MENGAPA???????!!!!!!!!!!!!!!!!

Itulah yang sentiasa bermain di benak penulis…Kenapa lelaki kini lebih mementingkan pandangan luaran??? Kenapa dan mengapa lelaki sekarang ini sentiasa melukakan hati dan mengguris perasaan wanita??? Tak layakkah kami yang kurang2 cantik ini untuk menikmati kasih sayang yang sejati???

Kenapa hanya orang yang cantik sahaja yang mendapat kelebihan itu ya??

Penulis berkongsi sikit cerita tentang penghidupan alam percintaan yang agak pelik ini ya..

R sentiasa kesunyian kerna dirinya yang yang tidak memiliki rupa yang menarik tetapi manis tetap terserlah. Selain itu R jua memiliki susuk tubuh yang besar dan menggeleber…setiap kali dia berkenalan dengan seorang lelaki pasti lelaki itu mempunyai niat untuk berkenalan dengan adiknya ataupun kawan-kawannya.

Sudah acapkali R terkena begitu sehingga membuatkan dirinya sentiasa terluka. Tetapi yang bagusnya R ini, dia tidak pernah mengenal erti putus asa dan serik..dia sentiasa mencari cinta sehinggalah dirinya berusia lewat 20-an..Tidak lama lagi angka itu akan bertukar ke 30. sehingga kini dia masih lagi tidak mempunyai cinta sejati..ada satu ketika dia menemui seorang yang sanggup menerima dirinya seadanya tetapi semakin lama semakin dia diperbodohkan sehinggalah tembelang lelaki sejati kononnya itu terpecah. Lelaki itu hanya untuk memenuhi taruhan kawan-kawan lelaki tersebut. ALLAH SWT Maha Esa, DIA telah membukakan mata R yang buta dek cinta yang tidak sejati itu dengan perkara yang tidak disengajakan dan terlepas kata dari seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun…

Dari perpisahan itu membuatkan R berkawan dengan Z yang mana tujuh tahun lebih muda darinya. Z ini adalah kawan kepada bekas teman lelaki R, sememangnya R tidak berminat untuk berkawan dengan Z. Dua sebab yang membuatkan Z ini bukan pilihan kawan R, yang pertama, Z terlalu muda untuknya dan Z ini kawan kepada bekasnya. Dan yang kedua Z baru berpisah dengan kekasih hatinya.

Tetapi berkat kesabaran Z menawan hatinya walaupun sekadar adik beradik angkat, mereka masih lagi berhubung antara satu sama lain. Saban malam mereka akan sentiasa “bergayut” di talian. Sentiasa berbalas pesanan ringkas sehinggalah Z kembali ke institute pengajiannya. Segala-galanya berubah apabila Z makin galak membalas dendam terhadap kaum Hawa oleh kerana dendamnya terhadap bekas kekasihnya masih belum terlunas lagi.

Z sentiasa melepaskan geramnya kepada R kerana kesilapan gadis2 lain. Sememangnya tidak adil bagi R yang dijadikan bahan lepasan geram Z. R masih lagi bersabar dengan karenah Z yang menggila itu. Z belum pernah mengangkat tangan dan kakinya ke tubuh R, hanya cacian, herdikan dan makian sentiasa menjadi halwa telinga R. Setiap bait kata-kata Z agak kasar dan telah mengguriskan hati R. Sudah berkali-kali R menegur Z yang dirinya ini manusia masih mempunyai perasaan tetapi tidak dihiraukan oleh Z. Z buat dirinya seperti patung yang tidak mempunyai perasaan. R rasa terhina, bukannya R hadap sangat hendak berkawan dengan Z ini tetapi dia sudah terbiasa dengan kehadiran Z, penyebab utama yang membuatkan R boleh bersabar dengan Z.

Tidak lama selepas itu, Z telahpun menjajakan nombor telefon R kepada saudara terdekat Z iaitu S. Setelah berkenalan dengan S, R berasa gembira kerana dia telahpun bertemu dengan jejaka idamannya kerana sebahagian besarnya S memiliki lelaki idaman R. Z berasa bengang dan marah dengan perkenalan R & S. R sentiasa dimarahi oleh Z kerana sebab yang tidak munasabah. Dari situ R mengambil keputusan nekad untuk melepaskan Z dari hidup R tetapi makin ingin R tinggalkan Z makin Z mendekatinya...

R menyepikan diri dari Z setelah perkenalannya semakin rapat bersama S. Sangka R yang Z gembira dengan keputusannya itu kerana Z langsung tidak bertanya khabar atau mengambil berat akan dirinya lagi. Z pun menyepikan diri. Setelah sekian lama perkenalan dengan S, terbongkar akhirnya tembelang S yang dia telahpun membohongi R tentang dirinya. R sesungguhnye telah berasa amat tawar hati dengan keletah Z & S. mereka seolah2 berpakat untuk melukakan hati R.

R teramat kecewa dengan perangai mereka berdua yang tidak sudah2 melukakan hati R. Dari awal lagi R tahu yang dia akan terluka kalau berkawan dengan S dan Z tetapi dia masih lagi mengambil risiko dan membiarkan dirinya dilukai lagi sekali…

Sepatutnya R tidak perlu merasa terpinggir kerana R tahu yang dia masih disayangi oleh keluarganya tetapi ada ketikanya R teramat teringin untuk merasa perasaan dicintai dan disayangi. Sepanjang hidup R, dia sentiasa jujur kepada semua kenalannya tetapi sentiasa kejujuran serta keikhlasannya disalahertikan dan dipermainkan.

Kenapa??? Adakah salah kalau R untuk mengambil berat akan kawan2 nya tetapi kenapa R sentiasa dikhianati?? Hina sangatkah orang macam R ini?? Kenapa lelaki sekarang tidak mementingkan perasaan dan keikhlasan kenapa susuk tubuh yang menawan yang menjadi tarikan utama??? Adakah kerana tarikan seks semata???

Kepada Z & S, R ini manusia, R bukannya patung. R mempunyai hati dan perasaan. R seorang yang sensitif. R teramat berkecil hati dengan kalian berdua. Hati R terluka sangat dengan kelakuan kalian. Kalaulah masa boleh diputarkan kembali tidak sekelumit di hati R akan menerima huluran perkenalan kalian.

Perempuan, memang lembut hati tetapi kadang2 kena bijak dalam memilih kawan terutama sekali apabila huluran perkenalan yang secara tiba-tiba dari kaum Adam. Pasti ada agenda tersembunyi yang direncanakan. Ini kerana tidak ada lelaki yang sukakan wanita gemuk dan hodoh. Bagi penulis, lelaki semuanya sama sahaja. Mereka ini dilahirkan untuk melukakan, merobek serta menghiris perasaan hati wanita. Ini kerana mereka memangnya berasa bangga kalau dapat melukakan serta menghancurkan ribuan kepingan hati wanita. Lelaki ini juga dilahirkan untuk menyusahkan hidup wanita.

Persoalan dari penulis:
1. Kalau perempuan yang melukakan dan merobekkan hati lelaki dikatakan perempuan murahan serta bodoh, tetapi apa kurangnya lelaki? Mereka lebih hebat dalam melukakan serta menghancurkan hati wanita malahan lebih teruk dari itu pun mereka boleh lakukan… Kenapa?? Kenapa?? Kenapa??

2. Kenapa kita kena bersabar dengan perangai lelaki? Kenapa kita, wanita kena sentiasa makan hati dengan sikap lelaki? Dan kenapa wanita yang kena memahami lelaki dan sentiasa melayani mereka?? Kenapa???

3. Adakah wanita ini hamba kepada lelaki yang sentiaa kena menurut perintah?? Kenapa wanita perlu tunduk kepada lelaki??

4. Kenapa hormat wanita dipertikaikan?? Dan kenapa kebajikan serta perasaan wanita sentiasa diketepikan?? Kenapa? Kenapa perempuan sahaja yang perlu melakukan pengorbanan itu??? Kenapa???

No comments:

Post a Comment