Jan 20, 2010

Cepat Jatuh Cinta....

Hari ini penulis ingin menulis dengan relax...sbb di sini penulis ingin meluahkan perasaan penulis yang sememangnya agak berserabut sekarang nih....

Penulis ingin memberitahu semua yang penulis ini tersuka kat seseorang...itu pun kami berkenalan melalui salah satu laman sesawang sosial yang popular. He's soooooooo handsome...penulis suka sgt tgk dia...mmg handsome...mmg taste penulis....

Penulis boleh berkenalan dgn dia, pada ketika itu penulis baru sgt putus cinta dgn lelaki keparat tuh...lepas je gaduh, terus penulis aktifkan laman sesawang sosial yang selama ini hampir berkubur.. dari situ penulis pun berkenalan la dengan this macho man...he's sooooo handsome...what else i can say...

Pada ketika itu penulis terbuka profil dia dan terus penulis hantar emel kepadanya. Penulis rasa begitu gembira sekali selepas emel yang penulis hantar mendapat balasan secepat yang mungkin...

emel dia shj yang memenuhi ruangan "mailbox" penulis....punya suka sampaikan kami bertukar alamat emel yang aktif untuk bersembang di "Messeger". Sejak dari itu kami menjadi bertambah rapat kemudiannya dia memanggil penulis dgn panggilan yang mana penulis suka sgt..

Selepas dari itu kami bertukar alamat untuk satu lagi laman sesawang sosial yang popular pada masa kini. Di situ dia mengenali penulis kerana ada foto2 penulis bersama rakan2...sejak dari melihatnya, dia semakin kurang dgn penulis...maybe penulis bukanlah pilihan hati dia...maklumlah dia kan org yg serba serbi sempurna...

semalam baru je penulis membuka profil dia...dan penulis terbaca sesuatu dr profilnya dan ianya amat mengejutkan hati penulis...Penulis rasa sedih sebab penulis akan kehilangan dia sebab hati dia sudah pun dimiliki oleh orang lain...

Tidak penulis sangkakan yang dia sukakan perempuan yang begitu...jadinya penulis berbalik kepada Yang 1, yang mana DIA dh menentukan sape jodoh kita nih...

Tidak mengapa la kalau penulis terlepas sekali lagi...penulis akan sentiasa percaya yang jodoh penulis dengan salah seorang lelaki yang berguna di luar sana....

Kesimpulan disini, tidak salah untuk jatuh cinta kerana kita ada hak untuk menyukai seseorang tetapi jangan terlalu berharap dengan itu kerana jikalau dia mmg jodoh kita baru la kita akan disatukan dengan dia...CINTA, tidak semestinya untuk dimiliki.....JODOH lah penentu segalanya...

P/S: Percaya kepada Qada' dan Qadar kerana ada kelebihannya...

No comments:

Post a Comment