Jan 11, 2010

CINTA...(episod 1)

CINTA… seronok dan gembira pabila menuturkan perkataan itu,penulis akui memang penulis seronok sgt menuturkan perkataan itu, ada satu perasaan yang luarbiasa menyelinap di dalam sanubari penulis ini.

“Sayang…I Love You Too…!”

Ayat itulah yang memang penulis ingin menuturkan buat kekasih hati penulis tetapi tidak kesampaian kerna jodoh kami tak panjang…

Hari ini penulis ingin berkongsi cerita dengan semua berkenaan dengan perhubungan penulis dengan Mr. H (singkatan bagi Handsome. Hensem bg penulis…^_^) dan Mr. A (singkatan bagi Abadi. Ini kerana penulis menyukai dia sejak dari dulu, kini dan selamanya, walaupun dia sudah mendirikan rumahtangga…-_-)


Aku dengan Mr. H dan Mr. A sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah rendah lagi.Disini aku menceritakan dulu perkenalan aku dengan Mr. A dan Mr. H.

Aku mula mengenali Mr. A sejak dari darjah empat lagi. Dikala itu dia berada di kelas 4S, manakala aku berada di kelas 4B yang mana bertentangan dengan kelas Mr. A. Aku tertarik dengan Mr. A ini disebabkan kemanisan wajahnya dan ketinggian dia. Aku memang cair habis bila bertentang mata dengan dia. Paling aku cair pabila dia menghadiahkan senyuman kepada aku (Wah…masa berasa macam di awang2an…kecik2 pun dh pandai menggatal…wahaha).
Aku akui ianya tumbuh secara semulajadi sebab aku tidak memaksa perasaan aku untuk menyukai dia. Aku hanya membiarkan ianya bercambah walaupun aku cuba untuk mencantasnya tetapi tetap tidak berjaya.

Manakala Mr.H, aku mengenalinya jua dikala umurku masih muda, iaitu 12tahun-darjah enam. muda, kan?? hehe..Aku mengenali Mr. H semasa menghadiri kelas tuisyen di kawasan perumahan aku.Terus terang aku katakan disini aku teramat benci kepada Mr. H. Sangat2 benci..!!!

Itu sahaja perbezaan antara mereka berdua.Aku betul2 sukakan Mr. A dan teramatlah bencikan Mr. H.

Yang menjadi hubung kait antara Mr.H dan Mr.A ini disebabkan mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama, dan di lorong yang sama. Rumah Mr.A dan Mr. H berhadapan.

Aku ingin tuisyen di tempat itu kerana aku dapat tahu yang Mr. A tuisyen di situ sehingga aku memujuk kedua orang tuaku untuk menghantar aku ke pusat tuisyen tu. Hati aku betul2 teruja.. sgt2 teruja..

Akan ada sambungan tetapi lepas ni k....sabar menanti ye.... (^_^)

No comments:

Post a Comment