Dec 6, 2009

angkat ke terangkat.....???

Ingat lagi zaman sekolah2 dulu ramai dikalangan bebudak sekolah ada adik beradik terangkat ini...Tapi bila difikirkan balik, kelakar pun ada juga..

Penulis imbas kembali zaman persekolahan penulis..Disebabkan penulis tidak membenarkan perasaan cinta itu menular dalam hati penulis, jadinya penulis mengambil abang2 yang "Hensem2" tingkatan 5 sebagai "abg angkat" penulis...

Abang angkat yang paling penulis ingat adalah abg F. Hmmm bagi penulis dia lah abg angkat penulis yang paling hensem dan boleh buat penulis jadi menggigil pabila bersua muka dengannya...hehehe...kisah lama...

Penulis tidak menyangka pula yang penulis akan menerima satu lagi adik beradik angkat ini.. Semenjak penulis putus cinta (jeng jeng jeng) penulis ada berkenalan dengan seorg lelaki yang sememangnya muda dari penulis..penulis agak keberatan hendak berkawan dengannya sebab takut jadi "terangkat" lak....kan susah tu....

Ramai yang beranggapan kalau adik beradik angkat ini hanyalah adik beradik tapi sesetgh pihak pula menganggap dengan menjadikan adik beradik angkat ini sahajalah jalan untuk merapatkan hubungan lagi antara mereka sesama sendiri....penulis sendiri beranggapan menjadi adik angkat kepada abg F ini adalah salah satu cara untuk penulis merapatkan diri penulis dengan dia sebab penulis memang betul2 crush kat dia...masa sekolahkan mana boleh bercinta(bak kata bonda penulis)..

Jadinya itu sahaja jalan yang penulis ada untuk membuatkan penulis rapat dengan orang yang penulis suka...itu pada mulanya kita sememangnya sudah terpikat kepada abang/adik angkat kita...tapi kalau asalnya memang menganggap kawan ataupun abang, sampai bila2 hubungan itu akan menjadi kawan or abang....betul tak?

Disini juga penulis ingin mengaitkannya dengan ketentuan jodoh..sekiranya dengan menjalinkan hubungan ini adalah permulaan jodoh antara mereka, penulis rasa tidak ada salahnya untuk meneruskan apa yang dirasakan oleh hati masing2...asalkan mereka lebih berwaspada pada tindakan mereka dan mereka tahu buruk baik perhubungan serta implikasi kepada hubungan selepas hubungan istimewa ini retak...Akhir sekali, kita kenalah menjaga sendiri perhubungan kita sebaiknya samaada dengan orang kita suka ataupun tidak suka...membuat kebaikan ini berbaloi di masa akan datang...memang berbaloi baloi....heee.....

P/S : bukan senang hendak untuk kita menjadikan seseorang itu berbaik dengan kita dan bukan susah untuk menjadikan seseorang itu musuh kita...fikir2kanlah...

No comments:

Post a Comment