Nov 27, 2009

2012

Kalau sesiapa yang belum menonton, penulis cadangkan untuk menonton filem yang menarik ini. Cerita ini memaparkan kemusnahan bumi kita ini. Baru penulis tahu yang bumi kita ini semakin tua. Sampai 1 tahap, bumi kita ini akan bertindak untuk memuntahkan kembali isi perutnya setelah sekian lama terperuk didalamnya.

Ketika merancang untuk menonton filem tersebut, dan penulis pun menyatakan hasrat itu, akan tetapi kawan penulis sekeras2nya berpendapat yang filem ini MENGARUT!!!! Bila penulis bertanya pendapat beliau dan beliau menyatakan yang filem ini lebih mengisahkan kepada cerita epik Nabi Allah Noh a.s. beliau jua berpendapat yang filem ini mengarut.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan pendapat beliau, jadinya penulis pun mengambil keputusan untuk menonton sendiri filem tersebut. Setelah menonton filem tersebut, baru penulis faham kenapa kawan penulis berkata demikian.

Dengan pendekatan yang nyata, filem ini lebih kepada kajian para saintis yang plat2 berada didalam bumi kita ini akan berubah secara mendadak apabila berlakunya kedudukan selari antara bumi, bulan dan matahari. Kita sebagai orang Islam, mungkin cerita ini bersamaan dengan hari akhirat, dimana setiap yang diperlihatkan adalah sama dengan apa yang tertulis didalam kitab Al-Qur’an dan Bible. Perbezaannya ialah didalam Al-Qur’an tidak menyatakan tarikh sebenar bila berlakunya hari kiamat itu.
Pada pendapat penulis filem ini bukanlah persamaan dengan cerita epik Nabi Allah a.s. Secara tidak langsung cerita ini adalah peringatan kepada kit ayang bumi kita ini semakin tua dan tidak lama lagi ia akan memuntahkan kembali apa yang terkubur didalamnya setelah sekian lama.

Di dalam filem tersebut, tidak berlakunya pergolakkan serta pertelingkahan agama. Ini kerana ia tidak langsung menekankan tentang isu2 agama. Kalau ia meletakkan satu scene yang Kaabah kita hancur dilanda badai, barulah kita boleh mengatakan ianya mengetengahkan isu2 agama. Betul tak? Ok la, secara logiknya, kalau pengarah filem ini hendak mengetengahkan isu2 agama kenapa dia rela patung salib dia dijatuhkan. Patung salib mereka itu tersergam gah yang terletak di puncak gunung di suatu tempat di Spain, patung salib paling besar di dunia. Kenapa beliau tidak “menghancurkan” Kaabah sepertimana beliau “menghancurkan” patung salib itu? Ini kerana beliau tahu yang kalau beliau berbuat demikian ini akan mendatangkan kemarahan setiap umat Islam di dunia dan ianya bercanggah dengan niat beliau untuk menmberitahu dunia yang bumi kita ini semakin tua.
Jadinya, sebagai pengakhirannya kita perlu berfikiran dengan lebih terbuka untuk menilai sesebuah filem tersebut dan tidak perlu mengaitkan dengan benda2 yang tidak logik. Kadang2 kita ini selalu membayangkan benda2 yang tidak logik dan rasional. Buksn penulis hendak “kondem” org2 kita tetapi penulis ingin menekankan pemikiran kita ini perlulah lebih rasional dan terbuka.

p/s: Untuk menilai sesuatu, kita hendaklah berfikiran terbuka dan rasional. Apabila kita berfikiran terbuka, barulah kita menilai sesuatu itu secara positif dan tidak membabi buta.

No comments:

Post a Comment