Nov 22, 2009

Wanita Moden

Dalam era yang serba moden ini ramai wanita berkahwin di usia lanjut...Salahkah berkahwin di usia lanjut ini?

Faktor2 yg menyebabkan lewat berkahwin ini adalah disebabkan

1. Educated
Pada masa kini, ramai wanita yang memenuhi ruang Universiti tempatan.
Boleh dikatakan 70% adalah wanita ynag menghuni Universiti dan kolej di negara
ini. Kalau ditanya, rata rata wanita diluar sana adalah pelajar universiti
ataupun kolej. Ini menunjukkan yang ramai wanita lebih bijak daripada lelaki.
Sebagai contoh, kawan penulis sendiri, kawan penulis lepasan universiti tempatan
dan memiliki ijazah manakala pasangannya hanya lepasan sekolah menengah sahaja.

2. Trend
Sudah menjadi trend untuk mengakhiri zaman bujang pada usia yang lewat.
Pada masa kini, sudah menjadi lumrah untuk berkahwin lambat.

3. Career women
Rata-rata di syarikat2 besar, kebanyakan wanita yang memegang jawatan tinggi.
Contoh yang paling dekat sekali, gabenor negara kita ini, Dato' Zeti binti Aziz,
yang mana tanda tangan beliau tertera di setiap wang kertas negara ini.

4. Ada hak untuk memilih
Selain itu, kita sebagai wanita, ada hak untuk memilih bakal suami sendir yang
bersesuaian dengan taraf pemikiran kita. Bukan merendahkan lelaki yang tidak
berpelajaran, sebab itu penulis tekankan tahap pemikiran. Walaupun, tidak
memiliki ijazah dari mana2 universiti tetapi memiliki tahap pemikiran yang
matang dan rasional sudah cukup untuk kita memilihnya sebagai suami kita...

Pada pendapat penulis, sebagai wanita kita ada hak untuk memilih bakal suami kerana dengan lelaki yang dipilih inilah untuk dihabiskan sepanjang hidup kita. Jadi pilihlah yang terbaik dan jangan terlalu memilih takut tersalah pilih.

Akhir sekali, percaya pada kata hati dan percaya kepada jodoh serta Qada' dan Qadar.

P/S:
Nasib baik ibu penulis bukan jenis yang memaksa anak2nya untuk berkahwin.

No comments:

Post a Comment