Nov 19, 2009

GODZILLA?????

Mungkin ini bukan perkara baru bagi sesetengah pihak terutama sekali bagi insan2 yang "big size" ini. Malah ,mereka makin lali dengan ejekkan2 yang agak melampau seperti, tong dram, tong gas, badak, baby elly(baby elephant), tembon, donut, gorila, giant, shrek dan yang agak melampau bagi penulis adalah apabila mereka ini dipanggil godzilla....tidak kira apa2 pun yang diejekkan, ia masih menyakitkan. kadang2 pernah ke kita terfikir yang ejekkan2 itu dapat melukakan hati mereka yang 'big size' ini?

Salah ke mereka yang dilahirkan besar? salah ke mereka untuk mengnikmati dunia ini dengan seadilnya? salah ke mereka untuk berfesyen? isu ini akan menjadi lebih hebat apabila orang2 yang berbadan besar ini dijadikan bahan jenaka bagi sesetengah pihak sebagai contoh pelakon terkenal di Malaysia ialah Syanie dan Enot manakala di Hollywood Monique. Mereka ini boleh dikatakan jarang untuk menerima watak2 yang serius. Mereka ini sentiasa memegang watak yang lawak dan yang menjadi bahan jenaka bagi orang lain adalah tubuh mereka yang gempal dan gemuk ini.

Ini pendapat penulis sahaja, bagi penulis contoh2 filem yang menjadikan tubuh gemuk ini sebagai jenaka adalah Cinta Luar Biasa, yang mana diakhir cerita Hans Isaac memilih Syanie sebagai kekasihnya apabila Nasha Aziz menerima Apek sebagai teman hidupnya. ) Dalam erti kata lain Syanie ni sebagai insan yang tangkap muat sahaja...sampai macam itu sekali penghinaan yang mereka terima...cerita2 lawak untuk hari raya yang mana syanie menjadi anak yg dihina oleh amelina, enot pula, asyik2 kena buli dengan kakak2 tirinya tetapi akhirnya berkahwin ngan anak dato' yang kononnya jujur, dan macam2 lagi...mungkin bagi orang2 yang diluar sana menganggap perkara itu adalah jenaka tapi apakah perasaan mereka yang "big size" ini?

Selain itu rancangan Ally Iskandar pernah mengetengahkan isu besar ini, dan apabila minta pendapat orang ramai, ada hamba ALLAH ini mengatakan orang2 yang big size ini TONG GAS??!!! KENAPA? KENAPA? Jijik sangat ke org gemuk ni?? mereka ini sehina itu ke? sampai macam itu sekali masyarakat " memuji" mereka!!!! mereka ini tak layak untuk hidup ke? Ada sesiapa boleh ulaskan kepada penulis??? ada??

Namun, apa yang paling dikesalkan oleh penulis apabila insan2 yang berbadan besar ini senantiasa dipermainkan dan diperalatkan... haruskah mereka menerima segala penghinaan yang murahan itu? kenapa mereka yang menjadi mangsa sedangkan manusia ini semuanya sama yang mana asal usul dari tanah juga...??

Hanya sebuah filem sahaja yang menarik perhatian penulis iaitu "PHAT girls". Ianya adalah sebuah filem yang menarik kerana kisah suka duka insan2 yang berbadan besar ini diketengahkan.Dari situ baru penulis sedar yang kits ini manusia tidak ada bezanya...kita semua sama sahaja...tidak kiralah gemuk atau kurus kita masih boleh mengejar cita-cita masing2.

1 comment:

  1. klu nak ikut ckp org susah kita nak idup dlm dunia nie..kadang2 org terlalu kurus pn di hina dan di keji..mana da yg perfest dlm dunia nie..jd lah diri sndiri,jgn beratkan sgt aper yg org pkir..

    ReplyDelete